Assalamualaikum
semua,
Khamis
lepas Ummi bawa anak-anak mandi manda di Desa Water Park, Puchong. Sebenarnya
ini kali kedua Ummi ke sini tahun 2014 ni. Alkisahnya kami beli groupon Desa
Water Park untuk 9 orang (7 dewasa, 2 kanak-kanak), dapat lah jimat RM54 untuk
9 orang ni. Tengok-tengok, hari yang kami pergi tu ialah hari cuti sekolah
(pertengahan bulan 9). Dah sampai Desa Water Park baru perasan, takkan nak
patah balik. So, terpaksa kami beli tiket biasa, tiket groupon kami simpan
dulu.
Tu
yang gigih juga pergi 20hb Nov tu, sebab tu tarikh terakhir sebelum tiket
groupon Desa Water Park expired! Last minute betul!
Jom
tengok gambar sikit-sikit dulu…
Harga
masuk desa water park ni:-
Pemegang MyKad (Dewasa RM35, Kanak-kanak RM25)
Bukan Pemegang MyKad (Dewasa RM40, Kanak-kanak RM30)
Ikutkan
price oklah, tak mahal sangat. Rides nya? Hurmmm…
- Untuk dewasa ada dua je slides, satu berbumbung, satu lagi open. Naik pakai pelampung 8 atau yang donut.
- Untuk kanak-kanak ada dua tempat, tapi yang paling best yang sebelah slide dewasa, slide yang tinggi tu laju!
- Thunderbolt, ride paling best tapi… 30 minit je dia buka, tu pun weekend sahaja! Nak beratur punyalah panjang. Huhu..
- Air berombak (ala2 kat laut) ok sebab ombak dia kuat.
- Yang kawasan sungai pun best, panjang, arus air kuat (dapat tolak pelampung ke depan), ada air terjun.
Untuk
anak-anak main memang puas. Kak long tu turun naik slide sendiri mau lebih 10
kali. Slide nya memang laju. Yang kelakarnya, kami yang besar-besar ni pun naik
sekali slide kanak-kanak (opssss…). Masa pergi 1st time tu, kak long
kat depan sekali, Ummi belakang dia, pastu topup belakang tu maklong, paklong,
sepupu2 kak long semua turun sekali. Dah jadi macam tren turun slide dah. Haha.
Yang
bestnya di Desa Water Park ni, dia tak strict sangat. Bolehlah kami yang
bertudung ni naik slides juga! Semua slides kami naik. Cuma kurang best nya
rides tak banyak sangat seperti di tempat lain. So, ada pros and cons.
Ni
gambar penutup ye… Sekumpulan ikan ber”gopro”. Haha. Ummi tiada dalam gambar!
Kalau nak bawa anak-anak bermain air pada musim cuti sekolah ke sini boleh lah. Terpulang nak pergi hari minggu ke hari biasa. Tapi hari biasa tak ada thunderbolt, huhu.
Makanan
tak boleh bawa masuk, boleh beli kat dalam ada café. Harga makanan kat dalam
Ummi tak pasti sebab kami tak beli pun makanan (psstt psstt, kami seludup bawa
masuk sandwich dan air, hihi).
Oklah,
kepada ibu bapa nak bawa anak-anak ke Desa Water Park, selamat bercuti dan
mandi-manda. Owh lagi tips, KFC ada je dekat dengan kawasan ni, Cuma kena pakai
GPS lah nak cari.
Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
wah..syoknye main air..tp skang ni musim ujan ..hehe.
ReplyDeletememang syok, sampai kami lah antara yang paling akhir keluar dari situ. haha
ReplyDeletemusim hujan pun kami redah je. hehe.
as'salam ummi =)
ReplyDeletebeshnye..bnyk selfie ye tu..hehe
lama yaya xp taman tema air ni..
wslm cik yaya.
ReplyDeleteselfie pun pakai fon orang lain. kikiki. family outing tu yang bertambah2 best main kat sini. hihi
seronok main air..lagi seronok bila pergi ramai-ramai dengan famili kan :)
ReplyDeletehujung tahun tak pgi sana lagi sebab mau naik ganu pula heee
ReplyDeleteputeri kasih, Alhamdulillah rezeki nak gathering ramai2 satu family. setahun sekali macam ni sangat best!
ReplyDeleteSis Suri, wah wah, ganukite pun best apa! bleh makan kepok lekor fresh, asli dan sungguh nyumss nyumss
ReplyDelete