Assalamualaikum
semua,
Tahun
ini Allah beri kesempatan kepada Ummi untuk melawat dua buah negara bukan
Islam. Kedua-dua negara adalah negara maju yang banyak “strict rules and
regulation” yang kami harus ikuti, baik di tempat penginapan, di jalanraya dan
sebagainya.
Pada
awalnya Ummi sendiri rasa risau dan takut untuk ke negara bukan Islam. Apa
persepsi mereka? Apa reaksi mereka terhadap kita nanti? Ini kali pertama
setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke negara bukan Islam. Memang terasa
amat kekok berada di sana, namun sebagai seorang Muslim, walau di mana sahaja
kita berada, kita adalah Duta kepada agama kita. Apa saja yang kita lakukan, ia
mencerminkan agama kita!
Di Immigration
Ketika
kami hendak keluar dari negara bukan Islam yang pertama itu, kami pun tahu
bahawa air tidak boleh dibawa masuk ke dalam kawasan pelepasan. Pada ketika itu
kami bawa juga (mencuba nasib) kerana ada anak kecil, kami bawa sebotol susu
fresh yang sudahpun dibuka dan sebotol air mineral. Dengan lembut saja pak
kastam yang jaga tu tanya, “you all together as a family?” dan terus kedua-dua
air tersebut lepas! Dia considerate kami bawa anak kecil dan tak ada sesi
selidik ke apa, walaupun kita ni pakai tutup liput (tutup aurat la kan).
Di
negara kedua pun sama, ada satu beg handcarry yang kami letak barang baby. Dia tak
selongkar langsung beg tersebut kerana dia tahu itu barang baby, pasti ada je
cecair seperti sabun, lotion dan sebagainya.
Immigration
di Malaysia? Maaflah bukan ingin memburukkan negara sendiri. Tapi marilah kita
belajar dari kesilapan! Semasa kami ingin ke negara kedua, kami kecoh-kecoh
baru buka puasa dan sedikit terlambat untuk boarding. Air mineral yang airnya
tidak sampai separuh itu kami terlupa kami selit dalam beg. Dengan terkejar-kejar, dengan tolak stroller,
siap dengan nada peril pak kastam menegur kami “ni (air) kamu nak minum ke nak
kami buang?” Bahasanya ya Allah!
Di
immigration ketika masuk ke negara sendiri juga berlaku satu insiden di mana
kami beratur di lane “Malaysian Passport” (tak pakai autogate sebab ada baby),
datang seorang bukan warga kita.. terus diherdik mak immigresen yang bertudung,
“what you want? This (lane) for Malaysian, can’t you read?” sambil bagi isyarat
pada papan yang tertulis Malaysian Passport itu.
Bukankan
Islam mengajar kita berbudi bahasa? Malah bukankah Melayu itu lembut bahasanya?
Hohoho …
Kebersihan tandas
Kedua-dua
negara bukan Islam yang kami lawat, tandasnya tiada paip air kecuali di sinki
luar cubicle. Jadi kebiasaannya kami akan bawa botol air kosong, isi dulu air
dari sinki untuk cebok, dan juga guna tisu yang disediakan.
Rata-rata
tandas mereka bersih! Dan tiada tisu satu pun yang dibuang merata-rata. Nasihat
mama Ummi, selepas gunakan tandas, pastikan kita bersihkan sedikit permukaan
mangkuk tandas supaya tidak meninggalkan kotoran. Jangan tinggalkan botol di
dalam tandas. Clean it up!
Kebersihan di restoran
Ada
beberapa restoran yang kami dapati halal makanannya seperti Nandos. Setelah selesai
makan, encik Zauj akan mengemaskan meja, satukan pinggan dan lap sedikit meja. Senanglah
pekerja restoran itu! Haha.
Kata
encik Zauj, kita tunjukkan akhlak terbaik. Islam ajarkan kebersihan. Kalau kita
tinggalkan meja kotor dan berselerak, macamana kita nak tunjukkan keindahan
Islam pada orang lain?
Kebersihan di bilik penginapan
Rata-rata
di tempat penginapan sepanjang Ummi berada di sana meletakkan peraturan di mana
bilik yang ditinggalkan selepas check-out haruslah kemas, alatan seperti
pinggan cawan harus bersih, katil kemas.. kalau tidak, ada caj yang akan
dikenakan.
Ini
pesan mama Ummi, walaupun kita di Malaysia ke, di mana-mana, walaupun tiada
peraturan seperti di atas, haruslah kita meninggalkan tempat kita menginap itu
bersih! Tarik sikit alas katil, kemaskan meja dan sebagainya.
Biasanya
lah kan, kita rasa, “ah, aku dok hotel.. biarlah orang hotel yang buat, itu
kerja dia bukan kita”. Tapi bukankah Islam mengajar kebersihan, baik
siapa-siapa punya kerja, betul tak?
Akhlak sesama manusia
Islam
sangat menitikberatkan akhlak, baik sesama manusia, kepada haiwan dan alam ini.
Jika kita menunjukkan akhlak yang buruk, atau sombong, atau kasar bahasanya, di
mana ruang kita ingin menunjukkan keindahan Islam?
Kadang-kadang
kita menggunakan bahasa kasar, atau isyarat marah, atau sombong tidak murah
senyuman untuk menunjukkan yang kita betul (dalam satu-satu insiden). Namun,
begitukah caranya?
Di
negara pertama meletakkan peraturan di mana kita tidak boleh memukul anak kita
walau sedikitpun. Ter”tap” bahu anak kita sikit pun boleh ditangkap walaupun
anak kita salah. Ada pesan buat Ummi sebelum ke sana, “hati-hati, jangan
terpukul anak kita, undang-undang mereka tak bagi kita berbuat begitu”.
Memang
agak sukar untuk kita praktikkan kerana biasalah kalau terpukul sikit kan, nak
tegur anak. Kadang-kadang ia sudah menjadi reflex act sudah!
Namun,
bukankah yang paling lembut terhadap anak-anak ialah Rasulullah S.A.W? Begitu
sayangnya Baginda terhadap anak-anak.
Kadang-kadang
malu dengan diri sendiri, dan malu dengan orang Islam jika tidak menunjukkan
akhlak yang baik. Islam sangat-sangat menitikberatkan akhlak, dan ia sepatutnya
menjadi niche untuk mengajak non-Muslim mengenali Islam. Tetapi, jika……….
Kita
adalah duta kepada agama kita. Marilah kita bermuhasabah. Dalam setiap ketika,
di mana jua, cerminkan agama indah ini kepada sesiapa sahaja. Baik dari segi
bahasa, akhlak, kebersihan mahupun dari segi mematuhi undang-undang yang
ditetapkan. Dakwah bil haal ini adalah satu cabang yang penting untuk kita
memperbaiki diri dan mencerminkan kebaikan Islam kepada orang lain insyaAllah!!
Moga-moga
Allah memperbaiki diri kita, akhlak kita, kepekaan kita terhadap ini semua
insyaAllah.
Iffah
Azhar (SID #929407)
Pengedar
Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp:
+6011 2802 5257
Email:
imariza87@gmail.com
Penghantaran
Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
kita sering lupa tapi itu pelru amalkan ya tak heee..tapi kalau sibuk itu jaid lupa harap jangan begitu ya
ReplyDeletekena selalu ingatlah Suri, kita adalah cerminan agama kita. sebarkan keindahan Islam. dapat pahala juga!
ReplyDelete