Assalamualaikum semua.
Sudah hampir sebulan ummi
menulis di blog ini dan barulah ummi perasan yang ummi belum pun mengenalkan
diri. Allah!! Bak kata femes “tak kenal maka tak cinta”, ye dak? Jom lah kita
jalinkan ukhuwah kerana interest yang sama dan insyaAllah ke arah mencari redha
Allah.
Ummi adalah seorang ibu kepada
dua anak perempuan yang comel-comel ni; Ummi panggil yang seorang "kak
long" dan adiknya "Asma'". Allah kurniakan dua princess untuk
ummi setakat ini, Alhamdulillah. Keduanya juga kini berada dalam keadaan
kesihatan yang baik dan sempurna. Syukur syukur syukur.
Ummi seorang yang sangat
suka kepada baby, tak kira lah baby girl ke boy. Minat nak jaga baby ni dah tertanam
sejak ummi kecil lagi. Adik bongsu kami lahir sewaktu ummi 10 tahun dan ummi
sangat suka menjaga dia. Sehinggakan mama ummi sering “pass”kan adik kepada
ummi andai dia ingin tidur. Kata mama “sepuluh minit je baby dah tidur bila dia
(ummi) yang dodoikan”. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Apa yang menariknya baby
ni? Comel? Wangi? Ahli syurga lah katakan. Ummi suka perhatikan keindahan baby
ni, cara dia gerak, cara dia senyum, cara dia membesar, semuanya menunjukkan
kehebatan dan keagungan kebesaran ciptaan yang Maha Kuasa.
Ummi sebenarnya tidaklah
berapa suka memasak, kiranya bukan hobi lah. Tetapi, bila dah
berumah tangga ni, nak tak nak, kena jugalah keluarkan bakat kan? Hehe. Dan
Alhamdulillah, kata orang putih “practice makes perfect”, masakan ummi dah
bertambah baik dari masa ke masa. Sekarang ni, sebelum tidur ummi sering google
resepi-resepi baru dan bersemangat pada keesokan harinya untuk mencuba resepi
baru tu, cewwaaahhh.. Hehe
Dan ummi menyokong
sepenuhnya penyusuan susu ibu. Sejak ummi berjaya menyusukan anak kedua
sepenuhnya, ummi percaya mommies juga mampu menyusukan seperti ummi juga. Bukannya
apa, apabila ummi tidak berjaya menyusu penuh anak pertama, hati ummi sentiasa
resah dan rasa seperti ada yang kurang. Kini ummi tidak berperasaan sebegitu
lagi. Susu ibu itulah yang terbaik. Nak tahu kelebihan susu ibu, boleh baca
di sini ye mommies-mommies.
Haa, satu lagi, ummi minat
bisnes juga. Sejak ummi join Shaklee, ummi dapat bantu ramai orang untuk mereka
mencapai kesihatan optimum mereka. Sebarkan kebaikan!! Ummi dapat berkenalan
dengan lebih ramai orang, dan mereka menjadi rakan, malah, dah jadi macam
adik-beradik sendiri. Best kan?
Itu je la rasanya. Nak tahu lebih lanjut, boleh email ummi ke
imariza87@gmail.com. Lots of love dari ummi untuk mommies semua!!
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
No comments:
Post a Comment