Assalamualaikum
semua,
Perniagaan
online sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini. Pengguna memilih untuk
membeli online barangan yang mereka sukai dan ingini. Manakala sudah ramai penjual
memilih pemasaran online untuk menjual produk mereka. Produk yang pelbagai,
daripada baju, tudung, produk kesihatan.. sehinggalah ke JERUK ASAM BOI pun
ada!! Perniagaan online sudah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Semakin
ramai penjual online, bermakna semakin sengit persaingan antara penjual.
Pengguna pula, akan memilih faktor berbeza untuk menentukan dengan penjual
online mana mereka membuat pembelian. Harga murah adalah antara faktornya,
namun banyak lagi faktor tip top dan lagi mantopp berbanding “harga murah dia
jual” menjadikan pengguna ingin membeli
dengan anda!
Kelas Pemasaran Online
Disebabkan
persaingan yang tinggi antara penjual online, ilmu pemasaran internet (online
marketing) merupakan satu asset yang berharga untuk dipelajari dan dipraktikkan
oleh penjual online. Internet marketing termasuklah cara pemasaran di blog,
cara penulisan di facebook, copywriting, seo, buffer, email marketing. Fuhh,
banyaknya!!
Disebabkan itu juga, banyak kelas-kelas pemasaran online (internet marketing) telah diadakan oleh pelbagai pihak, bertujuan untuk membantu penjual online , seperti anda, meningkatkan mutu pemasaran online sekaligus menaikkan sales mereka.
Kelas
pemasaran online seperti ini adalah sangat berharga sehingga harga untuk
mengikuti kelas ini boleh mencecah ribuan ringgit! Namun, ada juga kelas
internet marketing yang lebih murah, harganya dalam ratusan sahaja.
Seminar Mega ASB 2014
Geng
ASB dari group iReach dengan bangganya membuka kelas/seminar/support group
untuk menampung pembelajaran internet marketing
kepada semua ahli iReach dengan harga yang sangat berpatutan dan lebih
murah berbanding kelas pemasaran online yang lain.
Kelas
dan seminar internet marketing dari geng ASB ini adalah EXCLUSIVE untuk ahli
iReach sahaja. Satu seminar mega ASB telah diadakan minggu lepas dan ia adalah
kelas “hands-on” iaitu kelas praktikal. Para peserta terus mempraktikkan apa
yang mereka pelajari, sekaligus terserlahlah pemasaran online mereka di blog,
facebook dan sebagainya. Jom usha sekitar seminar pemasaran geng ASB ini…
Istimewanya
seminar dua hari ini, telah didatangkan beberapa pakar pemasaran online; ada di
antara mereka memang penguasaha kelas pemasaran online, alumni kelas Dr Azizan
Osman, dan tidak ketinggalan Jutawan yang telahpun berjaya membuat sales berjuta-juta
sehingga mendapat keuntungan berjuta-juta!! Mereka bergabung berkongsi ilmu dan
rahsia mereka menjalani perniagaan online.
Hebatnya
lagi, kebiasaan bila individu-individu hebat begini bergabung, pasti harga
2-hari seminar nilainya tinggi seterusnya harga kelas yang mahal. Tetapi???
Suasana
sekitar kelas pemasaran online geng ASB pada 1&2 November 2014..
Hebatlah bapa ni! sambil dodoi anak sambil praktikal internet marketing!
mak bapak kat dalam berseminar, anak-anak berseminar di luar! ahaks..
Bukan setakat membuka kelas, geng ASB telah membuat follow-up group di WhatsApp, exclusive untuk mereka yang join pada hari itu! Memang super praktikal!
iReach Family Shaklee
Begitu
hebat geng ASB dari group iReach Shaklee ni, giat mencurahkan dan berkongsi
ilmu dengan peserta kelas pemasaran online mereka. Sedihnya, kelas ini
exclusive HANYA TERBUKA untuk ahli iReach sahaja!!
Apakah itu group iReach?
Group
iReach ialah sebuah kumpulan/jaringan Shaklee yang dikelola oleh P.Master Lyna
Noh dan Master Zainul Anuar. Di bawah group ini telah lahir berpuluh-puluh lagi
master Shaklee, berates-ratus bakal master Shaklee, beribu-ribu ahli SID yang
giat berbisnes dan juga beribu-ribu ahli Shaklee yang sekadar untuk makan
sendiri.
Kenapa group iReach?
Master
Lyna Noh dan Master Zainul Anuar telah berjaya membuat berjuta-juta sales
sehingga mereka naik Master Shaklee dengan majority sales mereka adalah dari
pemasaran online! Ketika mereka naik menjadi master, orang-orang sepejabat
mereka tidak tahu menahu mereka adalah pengedar Shaklee. Hebat kan?
Istimewanya
pasangan suami isteri ini, mereka tidak tamakkan harta dan ilmu. Banyak ilmu
yang mereka pelajari, pengalaman yang mereka lalui mereka curahkan kepada
downline mereka. Oleh sebab itu, terjadilah banyak program-program,
kelas-kelas, seminar-seminar, webinar-webinar bertujuan untuk membantu downline
anak-cucu mereka untuk maju dan lebih maju dari mereka. Seperti yang disebut di
atas, selain kelas pemasaran online geng ASB, antara aktiviti-aktiviti group
iReach ialah:-
Solaris PRO
Sebuah
support group khas untuk ahli iReach yang ingin berbisnes secara online. Banyak
ilmu pemasaran online dikongsikan di sini. Tips and tricks pemasaran online
semua dibincangkan di sini bersama ahli iReach yang hebat.
Email Exclusive iReach Family
Selain
pendekatan group di fb, ahli iReach akan mendapat ilmu, info terkini, tips and
tricks melalui email. Nak baca email masa breakfast/lunch ke, masa dah
berbaring nak tidur ke, asalkan jangan baca sambil driving ye!
Jom Hebat
Satu
lagi aktiviti bertujuan menambahkan ilmu, meningkatkan motivasi, perkongsian
tips and tricks, dan inilah masa nak mengondeng bergambar bersama master hebat
Akacan Master Lyna Noh!
haa.. ni la mommy Lyna! bergambar bersama mommy di gathering menjadi satu aktiviti wajib bagi kami anak cucu beliau. sedut aura!!
Anda tidak dapat ke kelas pemasaran online kerana duduk di gunung Cameron sedangkan kelas internet marketing ni biasanya diadakan di KL, Putrajaya atau jauh dari rumah anda? Jangan risau, asalkan anda ada internet, laptop/smartphone, seminar secara online kami adakan secara berkala! Dan ia adalah PERCUMA!!
Yang bestnya, sambil lipat kain pun boleh dengar webinar, sambil tidurkan anak ke, sambil basuh pinggan ke.. WAHM laa katakan!
Gathering iReach
Ketuk-ketuk
iReach laa, potluck gathering sebelum health&wealth talk laa, entah
mana-mana lagi mereka ni suka berkumpul!
Meet the Nutritionist
Exclusive
untuk ahli iReach, Master Lyba telah bawakan Nutritionist terlatih dari Shaklee
untuk menerangkan dengan mendalam tentang tubuh manusia, nutrition dan Shaklee.
Begitulah
giat aktifnya group iReach ini. Setiap bulan ada sahaja perjumpaan, dan akan
datang ialah di Ipoh, Perak insyaAllah. Jadi apa tunggu lagi? Jom sertai kelas
pemasaran online yang insyaAllah akan diadakan lagi beberapa hari sahaja.
Anda
bukan ahli iReach? Apa tunggu lagi.. hubungi kami untuk mendaftar ahli Shaklee
di bawah naungan iReach dan anda bakal menikmati banyak program dan aktiviti
bagi membantu perniagaan online anda! Lagi lambat anda join gruup kami, lagi banyaaakkk anda terpaksa miss aktiviti dan program menarik kami!Hubungi Ummi seperti di bawah:-
Iffah
Azhar (SID #929407)
Pengedar
Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp:
+6011 2802 5257
Email:
imariza87@gmail.com
Ramai sekarang yang sudi melabur untuk ilmu buat duit online ini
ReplyDeletesungguh tak rugi melabur sedikit untuk menimba ilmu. akhirnya akan balik modal pun. Alhamdulillah!
DeletePasti banyak ilmu yang dapat dipelajari
ReplyDeleteAlhamdulillah, begitulah nampak gayanya. daripada tak tahu internet marketing langsung.. sehinggalah dapat tarik trafik, dapat sales.. Alhamdulillah!
Delete