Assalamualaikum semua.
Waktu kita kecil-kecil, mesti
banyak kenangan kan? Ye la, ni lah waktu kita banyak main tanpa hirau masalah
apa-apa, tau-tau kita yang buat masalah! Hehe
Ada satu peristiwa Ummi nak
kongsikan bersama rakan-rakan pembaca. Asyik cerita ESP Shaklee je kan? Hihi
Peristiwa ni berlaku masa Ummi
darjah 4. Adalah satu hari tu, Abah ada conference di IOI Hotel kat Puchong tu.
Gembira tak terkata sebab kami dapat join tidur hotel dan mandi swimming pool.
Pada hari Jumaat, waktu rehat
untuk makan tengahari, Ummi dah tunggu abang Ummi kat ofis sekolah. Abang minta
izin untuk keluar. Kami pun jalan kaki sama-sama ke komuter. Jarak antara
sekolah dan komuter memang walking distance. Dulu-dulu masih selamat nak jalan
kaki gitu2 kami budak2 sekolah rendah, sekarang ni bahaya ya Allah!!
Ok sambung cerita dan kita
pendekkan lah. Abah ambil kami di stesen komuter lagi satu dan terus
shoot off ke hotel. Lepas check-in, kami pun terus nak gi mandi swimming
pool. Jakunnya tengok swimming pool masa tu! Ada swimming pool kecil, besar
sikit dan yang untuk orang besar.
Ummi pun mandi di kolam untuk
budak2 ditemani mama dan adik. Abang? Dia pergi explore swimming pool yg lain.
Tiba-tiba dia dengan exciednya panggil Ummi ke kolam orang dewasa.
Ummi pun ikut. Syok juga lah
sebab dalam sikit. Tapi tak perasan yg makin ke tengah, lantai kolam makin
dalam. Ummi jalan ke tengah kolam dan tiba-tiba kepala tenggelam, paras air
kolam menutupi ketinggian Ummi.
LEMAS!!!
Ummi sangat panik masa tu. Mana tak nya, tak boleh nak bernafas dalam air,
berenang pun tak pandai. Terus lonjakkan kaki supaya kepala keluar dari air dan
dapat bernafas. Berjaya! Tapi badan masuk lagi ke dalam air termasuk kepala.
Dah lah tak pandai berenang, tak pandai buka mata dalam air. Ummi cuba
lonjakkan kaki lagi sekali. Bila kepala keluar dari air, terus Ummi jerit
"TOLONGG!!". Sempatlah jerit dua kali, pastu kepala masuk balik dalam
air. Huhuhu.
Ummi ingat, abang tolong nak
tarik Ummi ke tepi. Tetapi bila kita panik, kita push abang ke dalam air supaya
kita dapat keluar. Abang pun lepaskan Ummi sebab bila Ummi buat macam tu, dia
pula tak boleh bernafas. Dan dia pun keluar minta bantuan.
Lama2 Ummi penat nak lonjakkan
kaki dan tak dapat bernafas lagi. Ummi pun stay static dalam air. Masa tu dah
fikir dah, mungkin ini penghujung hayatku. Allahu Rabbi
Ummi pun angkat tangan dua-dua
belah, mengharapkan orang nampak dan tolong. Tangan tu memang terkeluar
pun dari air, rupa-rupanya tak adalah tinggi mana pun paras air masa tenggelam
tu.
Rasanya Ummi pengsan kot masa tu
sebab Ummi tersedar dah baring kat tepi kolam, mulut mumbling "tolong..
tolong.."
Abang cerita, lepas dia lepaskan
Ummi, dia gi cari mama n abah kat pool kecil. Bila mereka sampai ditempat
kejadian, tangan Ummi dah terangkat keluar, macam "otomen nak
terbang". Hihi. Pastu ada lifeguard pula terjun nak selamatkan Ummi, macam
supermen pula gayanya.
Itulah alkisahnya otomen dan supermen.
Peristiwa yang tak akan Ummi lupakan. Saat genting, rasa putus harapan semua
ada. Tetapi Alhamdulillah sampai kini Ummi masih dapat bernafas lagi di muka
bumi Allah ini. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah!! Terima kasih lifeguard
kerana membantu. Abah Ummi selalu buat course selamatkan orang dari lemas ni,
"water rescue". Bukan senang dan ada caranya
Dan lagi satu, belajarlah
berenang dan ajarkanlah anak-anak kita berenang. Ia suatu aktiviti yang sangat
bermanfaat dan bagus untuk kesihatan
Anda juga
pasti ada kenangan manis ke pahit ke yang tak dapat dilupakan masa sekolah
rendah kan? Bila ingat balik, macam-macam perasaan ada. Apa-apa pun,
Alhamdulillah `ala kulli ni’mah!
Pengedar
Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah
Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp:
+6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran
Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
No comments:
Post a Comment