Assalamualaikum semua,
Sehari sebelum raya haji hari itu Ummi bersama
keluarga pergi ke Manhattan Fish Market Alamanda, Putrajaya. Ummi bawa adik
Ummi yang belajar di Cyberjaya tu. Alkisahnya begini, adik Ummi tu baru habis
exam, so dia nak makan best sikit la, kira macam celebration. Kebetulan dua
hari sebelum tu memang hari lahir encik Zauj. Kira 3 in 1 la makan kat
Manhattan Fish Market kali ini.
Kami sekeluarga bukannya jenis celebrate birthdays
pun. Malah, waktu Ummi kecil.. siapa punya birthday, dia kena belanja keluarga
makan. Jadinya, setahun kumpul duit supaya masa birthday boleh belanja family
makan best-best. Menarik kan idea ni? Birthday pun kadang-kadang ada kek,
kadang-kadang tak ada pun. Kak long tanya “mana kek Ummi?”, Ummi jawab, “tak
semestinya birthday kena ada kek”. Harapnya dia akan faham maksud itu di
kemudian hari.
Lokasi paling dekat kami untuk ke Manhattan Fish
Market ialah Alamanda, Putrajaya. Mula-mula adik nak ke Sushi King, tapi kami
semua tak minat sangat nak makan sushi, hehehe. Manhattan pun Manhattan laa
kan. Dulu-dulu ada orang kata nak belanja makan kat sini tapi tak jadi. So ni
kira baru nak cuba try test la.
Kami order Family Set untuk 4 orang dewasa. Set ini
ada satu Flaming Seafood Platter, satu Fish ape ntah namanya (haha, adoilaaa),
semangkuk Fried Mushroom, 4 cawan citrus juice dan 4 cawan Sundae ice-cream.
Tak lupa juga kami order mushroom soup sebagai
appetizer
Mushroom Soup dan Fried Mushroom sebagai pembuka
selera. Sos cendawan goreng tu memang sedap!
Citrus Juice dua gelas berbeza warna :)
Ni main dish. Flaming Seafood Platter dan Fish Fillet
tu. Dua-dua dish ada nasi goreng .
Sundae Ice-Cream time! Yang hijau tu blended lemon tea
kot. Boleh lah…
Review:
Secara jujurnya Ummi boleh kasi 7/10 untuk Manhattan
Fish Market (makanan yang kami order la). Seafoodnya so so saja manakala nasi
goreng dia sangat terasa garlic sehingga rasa kurang sedap. Yang Ummi enjoy
ialah ikan fillet dalam Flaming Seafood Platter tu sahaja. Soup dia sedap, tapi
tak ada roti garlic, hehe.
Harga? Boleh tahan mahalnya. Untuk Family Set tu je dah RM88++, tu pun
katanya promosi dari harga RM100++, hoho.. Sup cendawan tu kira asing. Kami 3
dewasa 2 kanak-kanak boleh bungkus bawa balik satu pinggan nasi goreng dan ikan
beserta satu gelas jus citrus sebab tak habis makan dekat sana.
Ni pulun habiskan jus tapi tak habis-habis juga.
Masa dah habis makan tu, tetiba Ummi dapat call dari
kawan baik masa sekolah menengah dulu. Dia cakap macam ni, “Iffah, anti ada kat
Manhattan Fish Market Alamanda ke?”. Haih, memang tokojut dibuek ea. Mana pula
dia tahu Ummi kat situ. Kebetulan masa tu, adik sedang hantar gambar-gambar ni
kat WhatsApp group family kami. Ummi jadi keliru samada adik hantar
gambar-gambar kat WhatsApp ke facebook (sampai kawan baik tu boleh tahu)? Ahahaha…
Rupa-rupanya dia pun ada kat situ dan dia ternampak encik Zauj bersama Asma’
manakala Ummi masih tersorok belakang kerusi. Kelakar je. (alamak, tak ada pula
gambar dengan Amirah, kawan baik masa form 1-3 dulu).
Kalau nak jalan-jalan cari makan, Ummi prefer Nandos
la, walaupun dah banyak kali makan di situ. Nyums nyumss.. Tetapi jika anda berhajat nak cuba makan di
Manhattan Fish Market, jangan ragu-ragu untuk mencubanya. Lain orang lain taste
nya kan! Semoga anda enjoy makan di sana!!
No comments:
Post a Comment