Assalamualaikum
semua,
Jarang
pula rasanya bercerita tentang anak-anak dalam blog, selalunya kisah mereka
dicoretkan di personal fb Ummi sahaja. Boleh lah usha cerita-cerita mereka di
sini :)
Malam
ini seperti biasa Ummi tidurkan anak-anak. Si kenit bijak tu makin lasak,
menyusu pun sempat tendang-tendang kakak dia. Alhamdulillah sangat kak long ni
penyabar orangnya. Tak ada lah sesi tendang menendang, kak long tak balas.. dia
mengadu saja, “Ummi, tengok adik tendang kita”.
Tadi adik
penat agaknya, dia sempat tendang-tendang kejap je, then terus fengsan. Kak long
yang dari tadi senyap tiba-tiba bersuara..
“Ummi,
kalau kita mati, kita tak nak mati sorang-sorang! Kita nak mati sama-sama empat
orang, dengan Ummi, Abi dan adik. Boleh tak Ummi?”.
Ya
Allah, tersentak lah kak long cakap macam tu. Tiba-tiba pula dia bersoal tentang
kematian.
“Ummi,
kita nak masuk syurga, tapi kita nak masuk syurga dengan Ummi, nanti kita nak
Ummi, nanti kita rindu Ummi”.
Nada dia
terus bertukar. Dia menangis! Rindunya kak long pada Ummi.
Ummi pun
balas, “soal mati ini Allah yang tentukan. Ummi pun nak masuk syurga, sama-sama
dengan kak long, dengan Abi, dengan adik. Kak long kena banyak doa pada Allah,
semoga Allah masukkan kita ke syurga sama-sama”.
“kak
long nak masuk syurga? Kalau nak, kita kena buat apa yang Allah suruh, apa yang
Allah suka. Dan kita tak boleh buat apa yang Allah tak bagi kita buat. Apa yang
Allah suruh kita buat?”
Kak long
masih menangis, tak mampu berkata-kata.
“Allah
suruh kita solat, Allah suruh kak long dengar cakap Ummi Abi, Allah suruh buat
baik pada orang lain, kita kena belajar rajin-rajin”.
Tiba-tiba
kak long bersuara lagi
“Ummi,
kalau kita nak masuk syurga, macam mana kita nak bukak?” sambil tangannya
seolah membuka sesuatu.
“Buka
apa sayang”.
“Buka tu
lah, kan kalau mati kita kena ikat”.
Owh,
rupanya yang dimaksudkan kak long ialah kain kafan.
Ummi pun
bercerita tentang roh dan jasad. Bila roh dimasukkan ke dalam jasad, bila roh dikeluarkan
dari jasad. Dan itu semua kuasa Allah.
Perbualan
malam ni memang membangkit diri ini dari lena. Juga menaikkan bulu roma!!
Anak kecil
berusia lima tahun tanya soal kematian. Dia sudah memikirkan kehidupan selepas
kematian.
Ke manakah
hala tuju kita di kemudian hari? Adakah target kita ialah syurga yang kekal
abadi? Adakah action kita akan menyebabkan kita capai target kita itu?
Kerana sentiasa
dididik “nak masuk syurga, tak nak masuk neraka”, dalam fikirannya kak long
akan masuk syurga. Tetapi dia tidak mahu masuk seorang diri, nak masuk dengan
orang yang dia sayang.
Ahh,
begitulah di akhirat nanti, di padang mahsyar nanti. Bagaimana tinggi
kesayangan kita kepada orang tersayang, waktu itu kita lupakan mereka, kita
tidak pedulikan mereka, yang kita fikirkan hanyalah diri kita sendiri. Bagaimana
kah nasib kita, dari manakah buku amalan kita akan terima.
Adakah kita
akan bersatu di dalam syurga nanti? Pasti itu harapan tertinggi kita kan?
Tersentak
jiwaku malam ini, merintih hati ini meminta keampunan dari Ilahi. Andai saja
esok bukan lagi untuk kita, moga-moga kita masih dapat bertemu dengan orang
yang kita sayangi semula di syurga.
Sudah cukupkah
usaha, amalan untuk kita masuk syurga? Bangkitlah dari lena wahai diri!! Allahu
Robbi
Nota
kaki:
- Terima kasih sayang atas soalan yang mengetuk diri dan minda Ummi malam ini. Allah ingin buka hidayah, pintu hari melalui anak kecil malam ini. Subhanallah. Terima kasih Allah!
- Masih banyak perkara yang harus Ummi ajarkan pada kak long. Sabar ye Nak. Ummi akan ajarkan sikit-sikit ikut kesesuaian waktu dan keadaan. Moga anak-anak Ummi berjaya dunia akhirat dan kita dikumpulkan semula di akhirat nanti ya! amiinn
No comments:
Post a Comment