Assalamualaikum semua,
Semalam
borak-borak dengan customer Shaklee Ummi. Kira follow-up la tapi style
borak-borak. Tanya dia macamana makan Shaklee, ok tak.. ada perubahan tak..
Customer yang seorang ini baru bersalin, makanya dia ambil set berpantang
Shaklee.
Dia
kata okay makan Shaklee, rasa badan bertenaga. Ummi tanya luka dah baik belum. Dia
kata dah tak rasa sakit, kira dah sembuh la kan? Dua minggu lepas bersalin dah
tak rasa sakit pada luka. Alhamdulillah sangat! Tetapi dia masih berpantang laa
sampaikan bancuh ESP pun ibu dia yang buatkan.
Then
Ummi offer dia ESP, yang promo tu! Mana tau dia punya ESP dah nak habis dan dia
nak jimat sebab dapat 1 tin ESP free kan. Dia pun tanya ESP ni as milkbooster
ke. Dari situ la kami borak-borak pasal breastfeeding..
Tetiba
customer Ummi tanya, “you masih bf kan?” haaa! Dak kenit bijak tu masih fully
breastfeeding. Kemudian Ummi kira-kira, lagi 4.5 bulan je lagi!! Weehuuuuuu…..
4.5
bulan je lagi dah nak wean off. 4.5 bulan je lagi nak sempurnakan penyusuan dua
tahun ni! Perasaan?? Bercampur baur; lega, puas hati, tak sabar, akan rasa
rindu, dan yang paling penting… BERSYUKUR.
Bersyukur
kerana Allah beri peluang nak bf sepenuhnya. Bersyukur kerana Allah cukupkan
susu ibu untuk dak kenit bijak tu. Bersyukur kerana Allah beri kekuatan untuk
mengharungi segala suka duka pahit manis sepanjang perjalanan ini. Bersyukur kerana
Allah beri satu tekad yang tak pernah luntur, “aku harus sempurnakan penyusuan
dua tahun!”
Tekad!!
Sejujurnya,
set milkbooster Shaklee ke, set penyusuan lengkap Shaklee ke.. kalau si ibu
tiada tekad atau determination yang kuat untuk mencapai cita-cita penyusuan
penuh ini, pasti tak sempurna penyusuan dua tahun. Kenapa Ummi berkata begitu? Sebab
perjalanan penyusuan ni tidaklah semudah yang disangka. Penat, sakit,
sakit-sakit badan, leceh, belum kalau demam ke.. sakit ke, mastitis ke, diarrhea
ke… macam-macam ujian.
Tetapi
bila tekad tinggi, semua cabaran di atas dapat diatasi
Ummi
kalau sesi menyusu, Ummi suka dekatkan telinga ke mulut dia sebab nak “curi-curi” dengar dia isap-telan-isap-telan. Ni
pun satu nikmat yang besar. Bayangkanlah susu yang penuh khasiat, mudharat-free
ni anak kita consume sepenuhnya. Seronoknyaaa!!!
So,
lagi 4.5 bulan je lagii. Semoga tiada cabaran yang terlalu berat lah bakal
dilalui. Dan semoga tercapailah hajat hatiku ingin menyempurnakan penyusuan
selama dua tahun ini. Doakan juga tau!
Alhamdulillah
ala kulli hal
Pengedar
Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah
Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp:
+6011 2802 5257
Email:
imariza87@gmail.com
Penghantaran
Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak