Assalamualaikum
para pembaca Joys of Ummi
Kisah yang Ummi
ingin kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud
adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat
yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima
sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat
tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada
sepertiga akhir dari malam.Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau
tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di
siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk
melakukannyakerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan
maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”

Keajaiban
Solat Tahajud
Sejarah
telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan
Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat
tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
1. Tiket ke
Syurga
Abdullah Ibn
Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat
itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan,
sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang
tidur,niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi
Penyakit
Salman Al
Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana
sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum
kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah
berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakityang menyerang tubuh.” (HR.
Ahmad)
3.
Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah
Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu,
kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan
berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan
balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada
solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat
Rahmat Allah
Abu Hurairah
berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang
bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si
isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga,merahmati perempuan yang
bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak,
ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa
Dikabulkan
Allah SWT
berjanji akanmengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan
ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam
hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan
akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus
dosa
Dari Abu
Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul
Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub,
penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
7.
Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan
dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda,“Syaitan akan mengikat
kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan
cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka
terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan
kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa
bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan
jiwa.”
8. Menjaga
Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat
Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah
Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang
yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil
menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati
malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan:
63-64)
No comments:
Post a Comment