Wednesday, November 26, 2014

Pengalaman dan Review Desa Water Park 2014

Assalamualaikum semua,

Khamis lepas Ummi bawa anak-anak mandi manda di Desa Water Park, Puchong. Sebenarnya ini kali kedua Ummi ke sini tahun 2014 ni. Alkisahnya kami beli groupon Desa Water Park untuk 9 orang (7 dewasa, 2 kanak-kanak), dapat lah jimat RM54 untuk 9 orang ni. Tengok-tengok, hari yang kami pergi tu ialah hari cuti sekolah (pertengahan bulan 9). Dah sampai Desa Water Park baru perasan, takkan nak patah balik. So, terpaksa kami beli tiket biasa, tiket groupon kami simpan dulu.

Tu yang gigih juga pergi 20hb Nov tu, sebab tu tarikh terakhir sebelum tiket groupon Desa Water Park expired! Last minute betul!

Jom tengok gambar sikit-sikit dulu…

 paksu layan anak2 sedara main air





Harga masuk desa water park ni:-
Pemegang MyKad (Dewasa RM35, Kanak-kanak RM25)
Bukan Pemegang MyKad (Dewasa RM40, Kanak-kanak RM30)

Ikutkan price oklah, tak mahal sangat. Rides nya? Hurmmm…
  • Untuk dewasa ada dua je slides, satu berbumbung, satu lagi open. Naik pakai pelampung 8 atau yang donut.
  • Untuk kanak-kanak ada dua tempat, tapi yang paling best yang sebelah slide dewasa, slide yang tinggi tu laju!
  • Thunderbolt, ride paling best tapi… 30 minit je dia buka, tu pun weekend sahaja! Nak beratur punyalah panjang. Huhu..
  • Air berombak (ala2 kat laut) ok sebab ombak dia kuat.
  • Yang kawasan sungai pun best, panjang, arus air kuat (dapat tolak pelampung ke depan), ada air terjun.


Jom tengok gambar lagi…
cendawan hujan, desa water park


 Dr. A's Clan main air! (abang sulung je tak ada dalam gambar)

Untuk anak-anak main memang puas. Kak long tu turun naik slide sendiri mau lebih 10 kali. Slide nya memang laju. Yang kelakarnya, kami yang besar-besar ni pun naik sekali slide kanak-kanak (opssss…). Masa pergi 1st time tu, kak long kat depan sekali, Ummi belakang dia, pastu topup belakang tu maklong, paklong, sepupu2 kak long semua turun sekali. Dah jadi macam tren turun slide dah. Haha.

Yang bestnya di Desa Water Park ni, dia tak strict sangat. Bolehlah kami yang bertudung ni naik slides juga! Semua slides kami naik. Cuma kurang best nya rides tak banyak sangat seperti di tempat lain. So, ada pros and cons.

Ni gambar penutup ye… Sekumpulan ikan ber”gopro”. Haha. Ummi tiada dalam gambar!




Kalau nak bawa anak-anak bermain air pada musim cuti sekolah ke sini boleh lah. Terpulang nak pergi hari minggu ke hari biasa. Tapi hari biasa tak ada thunderbolt, huhu.

Makanan tak boleh bawa masuk, boleh beli kat dalam ada café. Harga makanan kat dalam Ummi tak pasti sebab kami tak beli pun makanan (psstt psstt, kami seludup bawa masuk sandwich dan air, hihi).

Oklah, kepada ibu bapa nak bawa anak-anak ke Desa Water Park, selamat bercuti dan mandi-manda. Owh lagi tips, KFC ada je dekat dengan kawasan ni, Cuma kena pakai GPS lah nak cari.


Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Monday, November 24, 2014

Teknik Pernafasan semasa Bersalin yang Betul; Kurangkan Sakit Bersalin dengan tenang

Teknik pernafasan yang betul semasa mula rasa kontraksi hingga lah kita bersalin adalah suatu teknik yang harus dipelajari oleh semua mommies bakal melahirkan anak secara normal. Teknik pernafasan ketika bersalin ini mudah secara teori tetapi perlukan latihan supaya dapat buat dengan betul.

Mommies yang bakal masuk labour room, jom berlatih pernafasan ini semasa mengandung lagi! Bak kata orang, practice makes perfect. Dengan teknik bersalin yang betul diamalkan, mommies lebih relax, fokus pada kelahiran bukan pada kesakitan contraction, dan insyaAllah dapat mengurangkan risiko mengalami komplikasi pada mommies mahupun pada bayi, biiznillah!

Kebaikan Teknik Pernafasan yang Betul Semasa Bersalin

Kebiasaannya bila kita stress ketika rasa sakit atau rasa takut, pernafasan kita menjadi cetek dan pendek. Belum sempat oksigen masuk ke dalam dengan sempurna, kita dah hembus kembali nafas. Bernafas dengan teknik yang betul semasa bersalin membantu memaksimakan kuantiti oksigen masuk ke dalam tubuh baik untuk mommies juga kebaikan untuk bayi.

Selain itu, teknik pernafasan semasa bersalin menjadikan mommies lebih tenang ketika proses kelahiran dari awal sehingga bayi keluar. Mommies lebih relax dan dapat mengawal kesakitan kontraksi. Yang paling penting, kita harapkan dapat bersalin normal dan selamat, kan?

Cara Pernafasan Ketika Bersalin yang Betul

Selepas air ketuban habis keluar, sakit yang amat sangat mula datang. Sakit ini lah yang tak tertahan-tahan tu. Masa anak pertama Ummi ambil epidural kerana tak dapat tahan rasa sakit contraction. Akhirnya? Tak dapat rasa pun baby keluar sebab dah kebas!

Masa mengandung anak kedua, Ummi dah tanya Dr Google tentang teknik pernafasan semasa bersalin ni. Memang bermanfaat betul ilmu ini, Subhanallah!

Caranya?


  1. Masa mula contraction datang, mommies tutup mata dan baca Bismillah, cuba fokus pada cara mommies bernafas, bukan pada sakit tu. Kemudian..
  2. mommies tarik nafas dalam kiraan 3 atau 4, dalam kepala sebut “re”. apabila tarik nafas, gunakan hidung.
  3. tahan nafas sesaat atau dua
  4. lepaskan nafas mommies perlahan dalam kiraan lima macam tu, melalui mulut. Kadang-kadang akan ada bunyi “hoohhh” atau “haahhh”…

Dalam satu sesi contraction, mommies boleh ulang teknik pernafasan ini beberapa kali.

Jangan Push Jika Bukaan belum 10cm!!

Ini nasihat yang Ummi dapat sebelum melahirkan anak kedua; Jangan meneran lagi jika bukaan belum sempurna walaupun kita dah rasa nak push sangat-sangat!

Ummi dapat rasa perkara ini! Lepas air ketuban kering, sakit kuat datang, Ummi praktikkan teknik pernafasan macam kat atas tu. Lepas satu jam, Ummi dah rasa baby nak keluar. Terus panggil bidan. Doktor pula belum datang.

Saat ini adalah sangat kritikal!!
Bila bukaan belum sampai 10cm kita dah mula push, risiko nak “dapat” jahitan luka bersalin yang banyak adalah sangat tinggi!
Bila doktor dan nurse belum bersedia (dengan kelengkapan bersalin belum siap semua), bagaimana mereka nak sambut baby kita dengan baik?

Kalau kita sebagai mommies pula, tahan baby dari keluar, pernafasan pun tak betul… ini lah kemungkinan penyebab berlaku sebarang komplikasi. TAK CUKUP OKSIGEN!! NAUZUBILLAHI MIN ZALIK!!

Oleh itu, sangat sangat lah penting teknik pernafasan yang betul ketika saat genting ini! Caranya.. Mommies tarik nafas seperti masa sakit contraction tu datang, kemudian hembus melalui mulut pendek-pendek banyak kali. Bunyinya akan jadi macam ni.. “huh, huh, huh, huh…”. Kemudian ulang tarik nafas guna hidung dalam-dalam, dan hembus pendek-pendek, laju-laju guna mulut.

Jangan ambil mudah teknik pernafasan semasa bersalin ini. Ia bukan sahaja dapat memudahkan proses bersalin, tetapi juga dapat mengelakkan komplikasi atau perkara yang tidak diingini. Biiznillah!!

Selepas bersalin, tubuh yang lemah dek kerja keras meneran dan hilang banyak darah.. boleh lah top up dengan nutrisi yang baik dan berkualiti.

Vitalea – salurkan zat besi khusus untuk pengembalian darah. Dan multivitamin lain untuk tubuh sihat.
B-complex – membantu pembentukan sel darah, membantu memberi tenaga, mengelak dari stress (meroyan).
Vita-C Plus – mempercepat penyembuhan luka, menguatkan kekebalan tubuh.
Zinc – membantu mempercepat penyembuhan luka dalaman dan luaran, elak masuk angin, elak rambut gugur, kasi kuku kuat dan cantik.
Add-on
ESP – keperluan protein ibu berpantang dan menyusu. Badan lebih bertenaga, susu ibu menjadi lebih pekat!
Alfalfa – juga sebagai milkbooster, dan bertindak sebagai “kacip Fatimah” selepas bersalin.

Saya dan ramai mommies di luar berpuas hati dengan produk Shaklee terutama bab berpantang (selepas bersalin) dan ketika menyusu. Anda juga ingin merasai ShakleeEffect? Jom mulakan hari ini!

Anda boleh membeli produk Shaklee sendiri (tanpa saya menjadi orang tengah) dengan KLIK DI SINI

Selepas membuat pembelian, sila contact Ummi untuk konsultasi ye! Cara pengambilan vitamin yang betul akan mengoptimakan hasil ShakleeEffect anda.

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Wednesday, November 19, 2014

AKU CINTA DIA KERANA ALLAH




Masih segar diingatanku, pertama kali aku bertemu dengannya, di sebuah pusat keagamaan Islam di Qatar, di dalam satu program berkaitan dengan Islam. Dia memberi sedikit komentar dalam sesi Q&A sejurus sebelum program berakhir. Aku tertarik melihatnya saat itu. Dia mengalu-alukan speaker ke agama Islam dan komentarnya seterusnya aku kurang ingat. “Bahasa Inggerisnya begitu lancer, barangkali dia orang sana” terlintas dibenakku. Setelah program tamat, kami orang-orang Malaysia berkumpul sekali. Tidak kusangka-sangka dia juga menghampiri kami, dia orang Malaysia la!!

Sejak dari itu, kami sering berjumpa, dan hubungan antara kami semakin rapat. Dia yg ceria dan happy-go-lucky membuatkan aku senang bergaul dengannya. Kami bertemu di majlis keramaian “makan-makan” anjuran rakyat Malaysia di sini. Kami juga sering berjumpa di acara-acara outdoor anjuran MAQ, Malaysian Embassy dan sebagainya. Dan kami mempunyai minat yg sama; meredah padang pasir dengan pacuan empat roda. Jika kami ingin ke sandunes, pasti kami akan ajak dia bersama. Dia pandai menangkap gambar, fotografer la katakan 

Di satu malam, aku berjumpa dengannya, di dalam sebuah majlis agama (Ustaz Hasrizal di al-Bayan Clubhouse), dia kelihatan begitu anggun, berhijab! Aku hampir tidak mengenalinya saat pertama kali melihatnya malam itu. Sambil menjamah sedikit juadah, kami berborak-borak. Beliau menyatakan kerisauannya terhadap pendidikan agama anak-anaknya. Dia juga risau nasib (agama) anak-anaknya pada masa akan datang terutama ketika dia sudah tiada nanti. Perbincangan malam itu menyababkan perasaanku bercampur baur; hiba, gembira.. Kerisauannya itu bukan berkaitan dengan keduniaan. Alhamdulillah!

Sejak dari itu, dia seperti insan yg lain dimataku. Dia sangat proaktif ke sana ke mari mencari dan menggali ilmu agama. Dan yang paling penting, apa yg dia pelajari dan percaya, dia akan realisasikan dalam hidupnya, “bukan sekadar nama diprint di dalam sijil-sijil untuk dikumpul dan difailkan untuk dijadikan kenangan”. Aku cinta dia kerana Allah.

Jika ada kumpul-kumpul, majlis makan-makan dirumahnya, pasti dia akan mengambil sedikit masa untuk memberi pengisian. “Setiap perkumpulan (baca:gathering) jika tidak diselit dengan sesi mengingati Allah, pasti ia akan menjadi sia-sia” itulah prinsip yg dia pegang. Setiap pengisiannya pasti akan mengusik jiwa kecilku. Semangatnya mencari ilmu agama dan menyampaikan kepada orang lain begitu tinggi. Aku malu dengan diriku sendiri, tidak proaktif sepertinya.

Suatu malam, di majlis keramaian, kami duduk bersama. Dia menyatakan kepadaku kenapa dia tidak berhijab sebelum ini. Dia sering berperang dengan dirinya, menyatakan hujah bahawasanya ramai yg berhijab tetapi tidak berakhlak. Dia memerhati sekelilingnya untuk mencari jawapan. Kini, Alhamdulillah hidayah menyapanya. Dia kini bukan sekadar bertudung, tetapi menutup auratnya dengan sempurna. Oh, aku cintanya kerana Allah!

Sebelum aku pulang ke Malaysia, dia telah membuat acara “farewell” untukku di rumahnya. Setelah para adam ke masjid untuk menunaikan solat Asr dan rumahnya para hawa yang konker (conquer), sedikit tazkirah dia berikan kepada kami. Kisah abu jahal yg ingin membunuh Rasulullah. Saya tak ingat sangat kisahnya (dah search kat google pun x jumpa)….(oh, is it Abu Jahal or Umar, ya Allah, dah lupa dah!!), tetapi kisahnya tentang hidayah. Ayat yang dia quote dalam tazkirahnya ialah “Allah memberi hidayah kepada sesiapa yg Dia mahu, dan membiarkan sesiapa (ke arah kesesatan) kepada sesiapa yg Dia mahu. Setelah itu, dia memelukku sambil berbisik “I chose that story because of you’ (au kama qaal, hehehe). Aku tak faham sangat apa maksudnya, tapi biarlah! It makes my heart flowery (berbunga-bunga). Fuhh, aku cinta dia kerana Allah!

Kini, sudah lama kami tidak bertemu. Dia masih di sana dan aku di sini. Aku berdoa semoga kami dapat bertemu kembali di suatu hari. Andai saja kami ditakdirkan tidak lagi bertemu, satukanlah kami kembali di syurga nanti.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem, rahmatilah kakak ini, dan cucurilah kasih-sayangMu keatasnya. Ampunilah segala dosa-dosanya dan tsabitkanlah jalannya di jalan yang lurus, berkat kasihku kepadanya, temukanlah kami kembali di firdausMu, amiiin Ya Rabb”

Aku Cinta Dia Kerana Allah
Umm Abida

6 Ramadhan 1434H

Tuesday, November 18, 2014

Rahsia Pelajar Cemerlang; Pelajar Tingkatan 5 Tidak Malu Minum Susu Formula walaupun Ditertawa Rakan-rakannya

SUNGAI MERAB LUAR - Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di sini ditangkap meminum "susu formula" yang dipercayai merupakan rahsia kecemerlangannya dalam akademik dan aktif bersukan.

Sarah (bukan nama sebenar)  ditangkap, membawa susu formula dalam bekas Formula Dispenser, oleh kawan baiknya Zetty (bukan nama sebenar) ketika mengikuti kem gempur SPM selama 4 hari yang dianjurkan oleh sekolah mereka. "Sarah membancuh susu formulanya dalam tumbler dan meminumnya sebelum sarapan pagi", kata Zetty.


Setelah diamati oleh guru dan rakan-rakan Sarah yang lain, susu formula yang diminumnya tidak berbau susu formula bayi 1, 2, 3 malahan bukan 4, 5, 6, tetapi ia berbau aiskrim vanilla yang lemak berkrim.


Akhirnya Sarah membuka rahsia. Menurutnya, formula yang dikenali sebagai :Mighty Triple Gems" ini lah yang membantu dia menjadi pelajar cemerlang di sekolah. Mighty Triple Gems mmembantu dia sentiasa cergas dan sihat supaya dia dapat berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran, dan kekal cergas ketika berada di dalam kelas dan bersukan keesokan harinya.

Mighty Triple Gems terdiri daripada ESP; minuman soya berkualiti tinggi, MealShakes; serbuk multivitamin berperisa vanilla dan Performance; minuman para atlet bertaraf antarabangsa.

"Selain Mighty Triple Gems, saya juga mengambil suplemen B-Complex Shaklee bagi lebih bertenaga dan dapat mengawal stress, dan juga Omega Guard Shaklee. Omega Guard membantu menguatkan memori saya dalam menghafal fakta-fakta dalam matapelajaran sejarah dan biologi", ulas Sarah tentang susu formula dan suplemen yang diambilnya.

Remaja berumur 17 tahun itu mengalami kesan sampingan seperti kulit makin halus, jerawat malu-malu nak timbul dan kurang sakit belakang jika duduk lama mengulangkaji pelajaran selepas konsisten mengamalkan Mighty Triple Gems dan suplemen Shaklee yang lain.

"Saya target untuk mendapat A dalam semua mata pelajaran untuk peperiksaan SPM ini sepertimana saya perolehi kejayaan dalam peperiksaan percubaan yang lalu. Saya ingin menjadi pelajar cemerlang peringkat kebangsaan SPM tahun ini insyaAllah. Mighty Triple Gems? Inilah rahsianya!! “

“Saya juga menasihatkan adik-adik form 4 untuk turut meminum "susu formula" hebat ini bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM tahun depan", sambung Sarah mengakhiri temubual.

-AP


KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN MIGHTY TRIPLE GEMS ANDA




Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail;com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Monday, November 17, 2014

Petua Mudah Bersalin Normal, I DID IT WITHOUT EPIDURAL!!

Assalamualaikum bakal mommies hebat,

Apabila usia kandungan memasuki 36 minggu, ibu mana yang tak berdebar-debar untuk melahirkan bayinya. Pengalaman di dalam bilik bersalin adakalanya mudah, namun ramai yang takut nak bersalin disebabkan:

  • Takut dengan sakit bersalin
  • Tak tahan sakit bersalin
  • Sakit bersalin yang lama
  • Jahitan yang banyak
  • Ini pengalaman anak pertama (anak sulung)


Huhu.. maaf, bukan Ummi ingin menakut-nakutkan mommies yang bakal bersalin. Tetapi inilah realitinya.. terutama bagi mommies yang bakal melahirkan anak sulung.

Oleh sebab itu, entri ini khas untuk mommies yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Petua Mudah Bersalin Normal, agar proses kelahiran mommies lancar, tiada komplikasi, bersalin dengan normal dan selamat kedua-dua ibu dan bayi insyaAllah!




Ummi pun pengalaman pertama bersalin, tiada ilmu!! Banyak sangat kesalahan yang Ummi lakukan. Tak tahan sakit, ambil epidural. Kesannya? Rasa kebas dan tak rasa langsung proses melahirkan tu macamana. Menyesal sangat-sangat! Belajar dari kesilapan, Ummi persiapkan diri, mental dan fizikal sebelum masuk ke labour room untuk melahirkan anak kedua.

Petua, Teknik, Doa dan Amalan agar Mudah Bersalin Normal

Persediaan Di rumah (sepanjang mengandung dan sebelum ke hospital)

1. Senaman Kegel
Ini ialah satu aktiviti mudah dan memudahkan kelahiran insyaAllah. Senaman kegel dapat membantu menguatkan otot bagi mempersiapkannya menempuhi proses kelahiran. Wahh, macam melatih askar nak bertempur di medan perang! Gitu lah gamaknya.

Tetapi senaman kegel ni mudah saja. Cuba berlatih ketika anda membuang air kecil. Tahan air kencing dari keluar, tahan lima saat kemudian lepaskan perlahan-lahan. Buatlah dua tiga kali. Selain semasa dalam toilet, boleh juga buat bila-bila dengan cara membuat kemutan kiraan lima saat, dan lepaskan perlahan-lahan.. sambil lipat kain, sambil berwhatsApp dengan encik abang, sambil baca entri ni pun boleh buat!

2. Banyakkan membaca al-Quran, sebaiknya khatam sekali sebelum melahirkan 
There’s no doubt about this! Ramai orang sarankan baca surah Maryam. Bagi Ummi, bacalah keseluruhan al-Qur’an sepanjang 9 bulan mengandung.

3. Banyakkan berjalan, terutama bila dah masuk minggu ke 36. Ajak suami window shopping ke, jalan di tepi tasik ke, naik turun tangga pun ok.

Kalau Ummi dulu, dok pusing keliling rumah. Target 1000-3000 langkah sehari! Keluar peluh, baby pun senang keluar. Dan paling best, senang nak turunkan berat badan semula selepas bersalin.



4. Air selusuh
Kata orang, seeloknya suami yang buatkan air selusuh ni. Setakat ini Ummi belum pernah mencubanya.

5. Makan Sayur Bendi
Mengikut petua tradisional, bendi yang bersifat lendir di dalam dapat membantu melicinkan laluan peranakan. Allahu a’lam. Petua mudah bersalin yang ini Ummi belum pernah mencubanya. Makan asam pedas ikan terubuk berulamkan bendi pun nyumss nyumsss!

6. Makan sebelum masuk bilik bersalin
Ini petua yang sangat penting. Jangan sesekali ambil mudah! Mama Ummi kata, masa lahirkan abang, mama tak bertenaga nak meneran (sebab tak makan sebelum masuk dewan bersalin). Akibatnya? Baby kena forceps.

Makanlah nasi ke, roti ke, minum milo.. telan beberapa biji kurma juga sangat bagus. Untuk memastikan makanan yang baru dimakan tadi ditukar menjadi tenaga, telan sebiji B-Complex Shaklee - pemberi tenaga instant semasa mommies nak meneran nanti.

Semasa berada dalam bilik bersalin

7. Aktif semasa merasa kontraksi

Kesilapan ramai mommies ialah apabila mula rasa kontraksi ringan/sederhana, dia hanya berbaring bagi "konon2nya" mengurangkan kesakitan.

Seeloknya lagi kita sakit, lagi kita banyak berjalan agar laluan membuka dengan lebih cepat. Minta izin nurse untuk berjalan-jalan disekitar bilik bersalin

8. Banyakkan membaca doa Nabi Yunus

“Laa ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minaz zolimin”.

9. Banyakkan membaca ayat 19 dan 20 surah Abasa

10. Teknik pernafasan yang betul semasa kontraksi dan semasa meneran.
Teknik ini harus dipelajari dan perlu latihan. insyaAllah esok lusa Ummi kongsikan caranya ya.

11. Cara meneran yang betul
Cara meneran yang betul membantu baby keluar dengan mudah. Ini satu entri yang harus dibincangkan dalam satu entri khas.

Gabungan teknik pernafasan dan cara meneran yang betul sangat membantu memudahkan bersalin. Ia membantu kita mengawal sakit kontraksi, mengumpul tenaga agar proses meneran lebih efektif.

Teknik pernafasan yang betul membantu bukaan laluan dengan lebih cepat. Oleh itu, masa sakit kontraksi dan masa proses kelahiran dapat dipendekkan insyaAllah

Teknik meneran yang betul juga akan mengurangkan risiko natural tears dan jahitan luka bersalin yang banyak.

Selepas anda bersalin, anda boleh terus mengamalkan Set Berpantang Shaklee. Ia tidak merbahaya, malah sangat digalakkan. Ini kerana bagi membantu anda merasa lebih sihat dan kuat sejurus selepas bertarung nyawa melahirkan bayi anda.

Amalkan Set Berpantang Shaklee sangat bagus untuk:-
  1. Mengembalikan tenaga
  2. Mempercepat penyembuhan luka dalaman dan luaran
  3. Menguatkan imunisasi tubuh anda dan bayi
  4. Membekalkan nutrisi kepada bayi melalui susu ibu
  5. Mengelakkan masuk angina dan meroyan
  6. Mengelakkan stress


Ramai pengedar Shaklee jatuh cinta dengan Shaklee disebabkan Set Menyusu Shaklee, tetapi Ummi jatuh chenta dengan Shaklee sebab Set Berpantang nya yang Superbbb!!!

Anda ingin cepat sihat selepas bersalin? Klik DI SINI

Semoga petua mudah bersalin dan info kesihatan ini bermanfaat buat mommies semua. Banyakkan berdoa, berzikir, moga-moga Allah mempermudahkan proses bersalin nanti. Aminn ya Rabb

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

Thursday, November 13, 2014

Resepi Nasi Telur Kicap 2 Minit

Assalamualaikum semua.

Pagi tadi Ummi buat nasi telur kicap untuk breakfast. Awalnya si kenit bijak nak makan nasi lemak yang en. Zauj beli kat kedai. Nasi nya dah bercampur aduk dengan sambal. Pedas lah pula untuk dia. Kebetulan ada nasi lebihan (leftovers) semalam. Jadi, apa lagi? Nasi telur kicaplah jawabnya!!

Nasi telur kicap ni rasanya ada orang panggil nasi telur ataupun nasi planta. Ummi panggil nasi telur kicap sebab wajib makan dengan kicap! Dan kicapnya ialah kicap masin.

Nak membuat nasi telur kicap ni cuma 2 minit je, lagi kenyang dari mi segera 2 minit.. dan lagi sihat juga! Rasanya sangat sedap! Jom tengok resepi nasi telur kicap 2 minit ini...


Bahan-bahan:
Semangkuk kecil nasi leftovers
Sebiji telur
Sedikit margerin
Kicap masin

Cara-cara:
1. Panaskan margerin dalam kuali. Bila margerin sedikit panas, masukkan telur dan kalau laju-laju.
2. Tunggu telur separuh masak, kacau lagi. Api perlahan sahaja pun tak mengapa.
3. Apabila telur 3/4 masak, masih basah-basah sikit (tidak terlalu basah), masukkan nasi. Kacau cepat-cepat.
4. Bila dah sebati dan rata nasi dan telur, tutup api dan terus angkat letak dalam pinggan.
5. Curahkan kicap dan makan panas2!


Owh tersangatlah sedap you!!


Senang kan? Sesuai sangat untuk orang bujang atau ibu yang sibuk bekerja, anak-anak, ibu hamil yang tak selera nak makan, orang yang dah lambat nak ke meeting ataupun orang yang dah terlalu kelaparan tak sempat nak masak ikan asam pedas ke..

SELAMAT MENCUBA!!

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

[ THROWBACK] Europe Trip June 2014

Assalamualaikum semua,

Mengenang kembali kenangan manis berada di bumi Allah sebelah utara. Cuaca tidak begitu sejuk mahupun terlalu panas. Memang perfect!

EUROPE TRIP JUNE 2014
GERMANY - AUSTRIA - ITALY - SWITZLAND - FRANCE - AUSTRIA - GERMANY


Tak mau bebel panjang dalam entri kali ini. Kita layan gambar saja. Pictures worth million of words that can be compressed into one word; SUBHANALLAH!!!



 Strawberry farm di Germany

Tux, Austria.. Kat atas gunung


 Intertux, glaisier (gunung bersalji sepanjang tahun)

 sama pula umur kita kan rumah.. 1995? heeee..




 masih di pergunungan di Tux, Austria


 belum berpunya si bujang hensem!


 main cak-cak dengan Llama

Gondola.. Venice, Itally

 original cornetto from Italy, atuk belanja!

 aiskrim yang ni pun sedap juga, tak ingat namanya

 Swiss Alp.. anak daraku in action!

dan ini hasilnya? hehe...

 Rondanino, will never forget your story!!!

 sebuah masjid di Islamic Centre, Geneva

 not my dream car though! haha

fresh and lovely cerries. nyummy!!!

Sebenarnya  banyak lagi gambar yang tidak dimasukkan di sini. Banyaknya dari kamera mama. Ini yang dari fon, sendiri tangkap atau di share di group whatsApp.

Pengalaman paling best ialah apabila strawberry picking dan menyelusuri kampung-kampung di Germany. Sungguh indah pemandangan. Subhanallah! Kalau ada rezeki lagi, nak ziarah negara lain pula!  InsyaAllah.

Ummi doakan para pembaca juga murah rezeki dapat jalan-jalan ke negara orang, melihat dan menikmati keindahan ciptaan Allah di segenap bumi Allah ini. Aminn!

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Wednesday, November 12, 2014

Kelas pemasaran online (internet marketing) harga murah tapi HEBAT

Assalamualaikum semua,

Perniagaan online sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini. Pengguna memilih untuk membeli online barangan yang mereka sukai dan ingini. Manakala sudah ramai penjual memilih pemasaran online untuk menjual produk mereka. Produk yang pelbagai, daripada baju, tudung, produk kesihatan.. sehinggalah ke JERUK ASAM BOI pun ada!! Perniagaan online sudah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Semakin ramai penjual online, bermakna semakin sengit persaingan antara penjual. Pengguna pula, akan memilih faktor berbeza untuk menentukan dengan penjual online mana mereka membuat pembelian. Harga murah adalah antara faktornya, namun banyak lagi faktor tip top dan lagi mantopp berbanding “harga murah dia jual”  menjadikan pengguna ingin membeli dengan anda!

Kelas Pemasaran Online

Disebabkan persaingan yang tinggi antara penjual online, ilmu pemasaran internet (online marketing) merupakan satu asset yang berharga untuk dipelajari dan dipraktikkan oleh penjual online. Internet marketing termasuklah cara pemasaran di blog, cara penulisan di facebook, copywriting, seo, buffer, email marketing. Fuhh, banyaknya!!




Disebabkan itu juga, banyak kelas-kelas pemasaran online (internet marketing)  telah diadakan oleh pelbagai pihak, bertujuan untuk membantu penjual online , seperti anda, meningkatkan mutu pemasaran online sekaligus menaikkan sales mereka.

Kelas pemasaran online seperti ini adalah sangat berharga sehingga harga untuk mengikuti kelas ini boleh mencecah ribuan ringgit! Namun, ada juga kelas internet marketing yang lebih murah, harganya dalam ratusan sahaja.

Seminar Mega ASB 2014 

Geng ASB dari group iReach dengan bangganya membuka kelas/seminar/support group untuk menampung pembelajaran internet marketing  kepada semua ahli iReach dengan harga yang sangat berpatutan dan lebih murah berbanding kelas pemasaran online yang lain.

Kelas dan seminar internet marketing dari geng ASB ini adalah EXCLUSIVE untuk ahli iReach sahaja. Satu seminar mega ASB telah diadakan minggu lepas dan ia adalah kelas “hands-on” iaitu kelas praktikal. Para peserta terus mempraktikkan apa yang mereka pelajari, sekaligus terserlahlah pemasaran online mereka di blog, facebook dan sebagainya. Jom usha sekitar seminar pemasaran geng ASB ini…


Istimewanya seminar dua hari ini, telah didatangkan beberapa pakar pemasaran online; ada di antara mereka memang penguasaha kelas pemasaran online, alumni kelas Dr Azizan Osman, dan tidak ketinggalan Jutawan yang telahpun berjaya membuat sales berjuta-juta sehingga mendapat keuntungan berjuta-juta!! Mereka bergabung berkongsi ilmu dan rahsia mereka menjalani perniagaan online.

Hebatnya lagi, kebiasaan bila individu-individu hebat begini bergabung, pasti harga 2-hari seminar nilainya tinggi seterusnya harga kelas yang mahal. Tetapi???

Harga kelas pemasaran online geng ASB ?? Murahnyaa!




Suasana sekitar kelas pemasaran online geng ASB pada 1&2 November 2014..




Hebatlah bapa ni! sambil dodoi anak sambil praktikal internet marketing!


mak bapak kat dalam berseminar, anak-anak berseminar di luar! ahaks..


Bukan setakat membuka kelas, geng ASB telah membuat follow-up group di WhatsApp, exclusive untuk mereka yang join pada hari itu! Memang super praktikal!

iReach Family Shaklee

Begitu hebat geng ASB dari group iReach Shaklee ni, giat mencurahkan dan berkongsi ilmu dengan peserta kelas pemasaran online mereka. Sedihnya, kelas ini exclusive HANYA TERBUKA untuk ahli iReach sahaja!!

Apakah itu group iReach?


Group iReach ialah sebuah kumpulan/jaringan Shaklee yang dikelola oleh P.Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar. Di bawah group ini telah lahir berpuluh-puluh lagi master Shaklee, berates-ratus bakal master Shaklee, beribu-ribu ahli SID yang giat berbisnes dan juga beribu-ribu ahli Shaklee yang sekadar untuk makan sendiri.



Kenapa group iReach?


Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar telah berjaya membuat berjuta-juta sales sehingga mereka naik Master Shaklee dengan majority sales mereka adalah dari pemasaran online! Ketika mereka naik menjadi master, orang-orang sepejabat mereka tidak tahu menahu mereka adalah pengedar Shaklee. Hebat kan?

Istimewanya pasangan suami isteri ini, mereka tidak tamakkan harta dan ilmu. Banyak ilmu yang mereka pelajari, pengalaman yang mereka lalui mereka curahkan kepada downline mereka. Oleh sebab itu, terjadilah banyak program-program, kelas-kelas, seminar-seminar, webinar-webinar bertujuan untuk membantu downline anak-cucu mereka untuk maju dan lebih maju dari mereka. Seperti yang disebut di atas, selain kelas pemasaran online geng ASB, antara aktiviti-aktiviti group iReach ialah:-

Solaris PRO


Sebuah support group khas untuk ahli iReach yang ingin berbisnes secara online. Banyak ilmu pemasaran online dikongsikan di sini. Tips and tricks pemasaran online semua dibincangkan di sini bersama ahli iReach yang hebat.

Email Exclusive iReach Family


Selain pendekatan group di fb, ahli iReach akan mendapat ilmu, info terkini, tips and tricks melalui email. Nak baca email masa breakfast/lunch ke, masa dah berbaring nak tidur ke, asalkan jangan baca sambil driving ye!

Jom Hebat


Satu lagi aktiviti bertujuan menambahkan ilmu, meningkatkan motivasi, perkongsian tips and tricks, dan inilah masa nak mengondeng bergambar bersama master hebat Akacan Master Lyna Noh!


haa.. ni la mommy Lyna! bergambar bersama mommy di gathering menjadi satu aktiviti wajib bagi kami anak cucu beliau. sedut aura!!




Webinar






Anda tidak dapat ke kelas pemasaran online kerana duduk di gunung Cameron sedangkan kelas internet marketing ni biasanya diadakan di KL, Putrajaya atau jauh dari rumah anda? Jangan risau, asalkan anda ada internet, laptop/smartphone, seminar secara online kami adakan secara berkala! Dan ia adalah PERCUMA!!

Yang bestnya, sambil lipat kain pun boleh dengar webinar, sambil tidurkan anak ke, sambil basuh pinggan ke.. WAHM laa katakan!



Gathering iReach




Ketuk-ketuk iReach laa, potluck gathering sebelum health&wealth talk laa, entah mana-mana lagi mereka ni suka berkumpul!

Meet the Nutritionist


Exclusive untuk ahli iReach, Master Lyba telah bawakan Nutritionist terlatih dari Shaklee untuk menerangkan dengan mendalam tentang tubuh manusia, nutrition dan Shaklee.

Begitulah giat aktifnya group iReach ini. Setiap bulan ada sahaja perjumpaan, dan akan datang ialah di Ipoh, Perak insyaAllah. Jadi apa tunggu lagi? Jom sertai kelas pemasaran online yang insyaAllah akan diadakan lagi beberapa hari sahaja. 

Anda bukan ahli iReach? Apa tunggu lagi.. hubungi kami untuk mendaftar ahli Shaklee di bawah naungan iReach dan anda bakal menikmati banyak program dan aktiviti bagi membantu perniagaan online anda! Lagi lambat anda join gruup kami, lagi banyaaakkk anda terpaksa miss aktiviti dan program menarik kami!Hubungi Ummi seperti di bawah:-

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...