Pages

Monday, November 17, 2014

Petua Mudah Bersalin Normal, I DID IT WITHOUT EPIDURAL!!

Assalamualaikum bakal mommies hebat,

Apabila usia kandungan memasuki 36 minggu, ibu mana yang tak berdebar-debar untuk melahirkan bayinya. Pengalaman di dalam bilik bersalin adakalanya mudah, namun ramai yang takut nak bersalin disebabkan:

  • Takut dengan sakit bersalin
  • Tak tahan sakit bersalin
  • Sakit bersalin yang lama
  • Jahitan yang banyak
  • Ini pengalaman anak pertama (anak sulung)


Huhu.. maaf, bukan Ummi ingin menakut-nakutkan mommies yang bakal bersalin. Tetapi inilah realitinya.. terutama bagi mommies yang bakal melahirkan anak sulung.

Oleh sebab itu, entri ini khas untuk mommies yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Petua Mudah Bersalin Normal, agar proses kelahiran mommies lancar, tiada komplikasi, bersalin dengan normal dan selamat kedua-dua ibu dan bayi insyaAllah!




Ummi pun pengalaman pertama bersalin, tiada ilmu!! Banyak sangat kesalahan yang Ummi lakukan. Tak tahan sakit, ambil epidural. Kesannya? Rasa kebas dan tak rasa langsung proses melahirkan tu macamana. Menyesal sangat-sangat! Belajar dari kesilapan, Ummi persiapkan diri, mental dan fizikal sebelum masuk ke labour room untuk melahirkan anak kedua.

Petua, Teknik, Doa dan Amalan agar Mudah Bersalin Normal

Persediaan Di rumah (sepanjang mengandung dan sebelum ke hospital)

1. Senaman Kegel
Ini ialah satu aktiviti mudah dan memudahkan kelahiran insyaAllah. Senaman kegel dapat membantu menguatkan otot bagi mempersiapkannya menempuhi proses kelahiran. Wahh, macam melatih askar nak bertempur di medan perang! Gitu lah gamaknya.

Tetapi senaman kegel ni mudah saja. Cuba berlatih ketika anda membuang air kecil. Tahan air kencing dari keluar, tahan lima saat kemudian lepaskan perlahan-lahan. Buatlah dua tiga kali. Selain semasa dalam toilet, boleh juga buat bila-bila dengan cara membuat kemutan kiraan lima saat, dan lepaskan perlahan-lahan.. sambil lipat kain, sambil berwhatsApp dengan encik abang, sambil baca entri ni pun boleh buat!

2. Banyakkan membaca al-Quran, sebaiknya khatam sekali sebelum melahirkan 
There’s no doubt about this! Ramai orang sarankan baca surah Maryam. Bagi Ummi, bacalah keseluruhan al-Qur’an sepanjang 9 bulan mengandung.

3. Banyakkan berjalan, terutama bila dah masuk minggu ke 36. Ajak suami window shopping ke, jalan di tepi tasik ke, naik turun tangga pun ok.

Kalau Ummi dulu, dok pusing keliling rumah. Target 1000-3000 langkah sehari! Keluar peluh, baby pun senang keluar. Dan paling best, senang nak turunkan berat badan semula selepas bersalin.



4. Air selusuh
Kata orang, seeloknya suami yang buatkan air selusuh ni. Setakat ini Ummi belum pernah mencubanya.

5. Makan Sayur Bendi
Mengikut petua tradisional, bendi yang bersifat lendir di dalam dapat membantu melicinkan laluan peranakan. Allahu a’lam. Petua mudah bersalin yang ini Ummi belum pernah mencubanya. Makan asam pedas ikan terubuk berulamkan bendi pun nyumss nyumsss!

6. Makan sebelum masuk bilik bersalin
Ini petua yang sangat penting. Jangan sesekali ambil mudah! Mama Ummi kata, masa lahirkan abang, mama tak bertenaga nak meneran (sebab tak makan sebelum masuk dewan bersalin). Akibatnya? Baby kena forceps.

Makanlah nasi ke, roti ke, minum milo.. telan beberapa biji kurma juga sangat bagus. Untuk memastikan makanan yang baru dimakan tadi ditukar menjadi tenaga, telan sebiji B-Complex Shaklee - pemberi tenaga instant semasa mommies nak meneran nanti.

Semasa berada dalam bilik bersalin

7. Aktif semasa merasa kontraksi

Kesilapan ramai mommies ialah apabila mula rasa kontraksi ringan/sederhana, dia hanya berbaring bagi "konon2nya" mengurangkan kesakitan.

Seeloknya lagi kita sakit, lagi kita banyak berjalan agar laluan membuka dengan lebih cepat. Minta izin nurse untuk berjalan-jalan disekitar bilik bersalin

8. Banyakkan membaca doa Nabi Yunus

“Laa ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minaz zolimin”.

9. Banyakkan membaca ayat 19 dan 20 surah Abasa

10. Teknik pernafasan yang betul semasa kontraksi dan semasa meneran.
Teknik ini harus dipelajari dan perlu latihan. insyaAllah esok lusa Ummi kongsikan caranya ya.

11. Cara meneran yang betul
Cara meneran yang betul membantu baby keluar dengan mudah. Ini satu entri yang harus dibincangkan dalam satu entri khas.

Gabungan teknik pernafasan dan cara meneran yang betul sangat membantu memudahkan bersalin. Ia membantu kita mengawal sakit kontraksi, mengumpul tenaga agar proses meneran lebih efektif.

Teknik pernafasan yang betul membantu bukaan laluan dengan lebih cepat. Oleh itu, masa sakit kontraksi dan masa proses kelahiran dapat dipendekkan insyaAllah

Teknik meneran yang betul juga akan mengurangkan risiko natural tears dan jahitan luka bersalin yang banyak.

Selepas anda bersalin, anda boleh terus mengamalkan Set Berpantang Shaklee. Ia tidak merbahaya, malah sangat digalakkan. Ini kerana bagi membantu anda merasa lebih sihat dan kuat sejurus selepas bertarung nyawa melahirkan bayi anda.

Amalkan Set Berpantang Shaklee sangat bagus untuk:-
  1. Mengembalikan tenaga
  2. Mempercepat penyembuhan luka dalaman dan luaran
  3. Menguatkan imunisasi tubuh anda dan bayi
  4. Membekalkan nutrisi kepada bayi melalui susu ibu
  5. Mengelakkan masuk angina dan meroyan
  6. Mengelakkan stress


Ramai pengedar Shaklee jatuh cinta dengan Shaklee disebabkan Set Menyusu Shaklee, tetapi Ummi jatuh chenta dengan Shaklee sebab Set Berpantang nya yang Superbbb!!!

Anda ingin cepat sihat selepas bersalin? Klik DI SINI

Semoga petua mudah bersalin dan info kesihatan ini bermanfaat buat mommies semua. Banyakkan berdoa, berzikir, moga-moga Allah mempermudahkan proses bersalin nanti. Aminn ya Rabb

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak

6 comments:

  1. nombo 1. saya musykil la... takkan masa lipat kain nak lepaskan air kencing? saya kurang faham dengan penerangan tu

    nombo 3. benda ni auntie kedai topi ajar kat wife saya masa saya beli topi, kebetulan dah lepas 7 bulan tu memang kami sangat banyak berjalan.... so snang lah...

    no.4 benda ni wife saya cakap ramai orang tak tahu, jangan minum awal2, minum time terasa betul2 nak bersalin dah, minum sampai habis, lepas tu jangan tutup botol tu... orang katalah kat wife saya, wife saya cakap kat saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih alongxp atas komennya. tulah, bila tersilap.. lain pula maksud yang difahami. hihi..

      yang no.4 tu insyaAllah akan dihuraikan dengan lebih mendalam pada masa akan datang insyaAllah

      Delete
  2. Semua ni ikut rezeki masing2..ada org mmg senang bersalin..takyah amalkan petua2 atau mkn supplement baby leh kluar laju je. Ada orang pulak bagai nak rak kegal suma..susah/lama giler in labour. Bahagian masing2 gitu..

    Tapi tak salah nak try/usaha..

    ReplyDelete
  3. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete