Assalamualaikum semua,
Haa, kalau antum semua dah baca entri ini, mesti antum tau
Ummi dan keluarga beraya di mana kan. Bukan keluarga kecil Ummi sahaja (Ummi,
Abi dan anak-anak) tetapi uwan dan atuk anak-anak, serta mak sedara pak sedara
dan sepupu2 anak-anak pun ikut sama. Kami sekeluarga semuanya 12 orang, 8 dewasa, 4 kanak-kanak!
Hari kedua kami bertolak ke Mt Buller (lepas beraya, solat
raya, bersalam-salaman dan berfoto bersama, nak tengok gambar? Boleh klik di
sini!!), attraction famous untuk main snow ketika winter ni. Kalau dikira, ini
kali kedua kak long main snow. First time dulu di Uludag Turki. Masa tu umurnya
nak masuk 3 tahun. Sejak tu, asyik dia tanya Ummi “bila nak main snow lagi”.
Haih, cerdik betul kak long ni!
Hari pertama di Mt Buller, kami cuba-cuba main tombogan,
sedangkan atuk, mak teh, pak long dan paksu main snow board. Rupa-rupanya
tempat kami main tombogan tu tempat yang salah! Nak tahu, ada signboard
bagitahu kalau main di situ boleh kena denda ratusan dollar duit mereka! Masa nak
balik tu baru perasan signboard tu. Kami main toboggan sikit, buat snowman
sikit, sampai tengahari. Sayangnya petang tu hujan, memang kami tak keluar dah
lah. Tetapi gigihnya Abi pergi cari tempat nak main toboggan, rupanya ada
tempat khas. Walaupun hujan petang tu, Abi balut kak long punya muka dengan
mafla supaya tak sejuk, pastu diorang berdua gi main toboggan hujan2 tu!! Masa Abi
cerita kat Ummi, Ummi dah jeles2 dah. Sebab kawan Ummi suruh gi main toboggan,
best katanya. Tapi nak buat macamana, bukan rezeki kali ini. Sobs sobs.
Keesokan hari, kami sekali lagi panjat Mt Buller. Atuk,
paklong, Abi dan paksu main snowboard. Ummi dan uwan bawa anak-anak main toboggan
tempat yang Abi bagitahu tu. Subhanallah, memang best! Si kenit Asma’ tu enjoy laa
sangat naik papan meluncur laju ke bawah. Dia paling best sebab setiap kali
turun, dia ada.. ganti-ganti la kak long ke, Ummi ke yang duduk sama-sama
dengan Asma’.
Lepas sejam main, hujan mula turun. Ummi kena dokong Asma’,
dah lah berat, hujan, licin, jarak dia boleh tahan juga, huhu.. Baju snow Asma’
basah! Shawl pun kuyup. Alhamdulillah Ummi punya baju snow materialnya plastic,
so tak basah sangat la. Masa dokong Asma’ tu, ada juga Ummi hampir jatuh, Ummi
pun bersuara “Owowowo” (reflex sound bila rasa nak jatuh), haih budak kecik tu
punya ikut bunyi “wowowo” dia. Hehehe. Lama juga kami rehat kat dalam restoran.
Tunggu hujan reda. Sempat solat, sempat makan.. Tapi macam tak nak reda je
hujan ni. Orang yang awalnya penuh dalam restoran tu, pukul 3 camtu dah
berkurang sangat. Tunggu punya tunggu hujan berhenti, waktu dah singkat, kami
berazam nak juga keluar main snow lagi. So, Ummi, Abi, Asma dan kak long redah
je hujan nak main toboggan. Orang tak ramai masa tu. Kami turun naik snow tu,
rasanya 10 round juga dapat turun toboggan. Puas hati!
Yang bestnya, kak long semangat main toboggan. Bila dah
sampai bawah, dia yang tarik sendiri papan tu panjat bukit snow tu, pastu turun
sendiri. Masa bagitahu dia kita dah kena balik (dah nak maghrib dan bas
terakhir jam 6 petang, masa tu dah 5.20 petang), kak long nangis. Punya best
main salji! On da way nak masuk restoran tu pun kak long tarik toboggan tu
sendiri, walaupun hujan, walaupun jalan licin, BRAVO KAK LONG!
Alhamdulillah dah dapat main snow lagi sekali. Bila lagi ye
nak main salji agaknya? Keindahan ciptaan Allah.
Next stop, Philip Island. Peguins, Koalas, Kangaroos!!!
Nota kaki
** banyak foto dalam kamera berasingan. Nanti bila dah dapat
kompilasi foto aussie, Ummi try upload ye. Tak pun Ummi masukkan dalam Instagram
saja. Boleh follow Ummi di UMM_ABIDA :)