Assalamualaikum para pencinta kesihatan.
Mesti ramai dari kita, apabila mendengar perkataan “anti-penuaan”,
yang terlintas difikiran ialah AWET MUDA? Ini adalah tanggapan yang tidak
tepat. Tubuh badan kita bekerja keras untuk menjalani kehidupan seharian kita. Jantung
kita tidak pernah berhenti mengepam darah, bermula sejak kita dalam kandungan
lagi. Sudah berapa lama jantung kita mengepam? 20 tahun? 30 tahun? 40 tahun? Tubuh
badan kita, lama-kelamaan menjadi lesu, lemah, tidak berfungsi seperti mana
kita muda-muda dulu.. inilah yang dinamakan PENUAAN! Apabila tubuh badan kita,
terutamanya vital organ kita tidak berfungsi dengan baik berbanding kita
muda-muda dulu, mudahlah untuk kita mendapat penyakit kronik dan banyak lagi
masalah-masalah lain; contohnya sakit jantung, kencing manis, buah pinggang,
darah tinggi dan sebagainya.