Thursday, December 26, 2013

Tips kempiskan perut untuk mommies yang bekerja di rumah.

Assalamualaikum mommies semua. Apa khabar? Hurm, lagi-lagi musim hujan ni, asyik rasa nak ngaapp je? Biasa lah tu. Mula-mula nak tulis tajuk “tips kempiskan perut untuk mommies yang duduk di rumah”, tapi come on lah, surirumah pun bekerja gak kan kan??


Saturday, December 21, 2013

Tips penjagaan bayi yang demam


Assalamualaikum mommies. Apa khabar anda dan si manja? Bayi anda demam dan suhu badannya meningkat?

Tahukah mommies semua bahawa suhu normal adalah antara 36 hingga 37 darjah celcius. Apabila suhu badan melebihih 37C, ini menunjukkan bahawa anak anda demam dan perlukan perhatian mommies yang lebih.


Mari kita lihat langkah-langkah penjagaan bayi yang demam:-







lapkan seluruh tubuh bayi anda dengan air suam. Apabila menggunakan air suam, pori-pori pada kulit akan terbuka dan haba akan keluar dari tubuh dengan mudah. Tampalkan cool fever pada tengkuk bayi untuk meredakan demamnya.

pakaikan baju yang nipis, dari kain cotton, dan baju yang berlubang-lubang kecil tu. Seeloknya pakaikan singlet sahaja atau tanpa berbaju (lampin sahaja). Jangan sesekali membaluti bayi anda. Jika ingin selimutkan dia, selimutkan dengan kain nipis sahaja.

galakkan bayi anda minum dengan banyak, samada menyusu badan/formula atau jika sudah mula makan makanan solid, berikan air masak atau jus buah-buahan cair. Cecair akan membantu mengurangkan suhu badan.

berikan paracetamol baby mengikut dos yang ditetapkan supaya suhu badan turun dengan cepat.

bawalah berjumpa dengan doktor jika bayi anda menunjukkan gerak-geri yang tidak sewajarnya seperti menangis tanpa henti, tidak selesa, tidak mahu tidur dan jika suhu badan tetap tidak turun-turun.

jika bayi diserang sawan (kekejangan otot akibat suhu badan terlalu tinggi), curahkan air ke seluruh tubuhnya seperti anda memandikannya. Pastikan dia dalam keadaan sawan tidak melebihi satu minit, dan pastikan dia menangis tanda dia sudah sedar kembali.

berdoalah!! Sesungguhnya yang menyembuhkan segala penyakit itu hanyalah Allah. Minta pertolongan dariNya dan minta dijauhkan dari segala sesuatu yang tidak diingini. Ada banyak doa syifaa’ yang boleh kita amalkan, antaranya

“Ya Rabbannaas, azhibil baksa, isyfi ______ (nama anak), anta syaafii, la syifa a illa syifa uka, la yughadiru saqaman”

with lots of love
Ummi Abida

Tuesday, December 17, 2013

Si bam bam demam nak tumbuh gigi...


Assalamualaikum semua.

Sejak dari hari Ahad ummi dah nampak perubahan pada Asma’. Giginya dah nak keluar!! Kalau ikutkan, agak lambat juga lah keluarnya gigi pertama dia tu sebab nurse kata biasanya umur 8 bulan dah keluar gigi. Apa2pun, Ummi tak kisah. Nanti dah ada gigi kang lagi syok dia gigit Ummi. Waaaa!!!

Monday, December 16, 2013

Tambahkan selera anak anda dengan Meal Shakes Shaklee; suplemen semulajadi khas untuk kanak-kanak


Anak anda mengalami masalah tidak selera makan? Waktu makan merupakan waktu “berperang” anda dengan anak? Anak anda lebih gemar makanan tidak sihat berbanding makanan yang berkhasiat?

Sunday, December 15, 2013

Set Kanak-Kanak Shaklee; kenapa harus suplemen untuk anak-anak?


Assalamualaikum mommies semua.

Dalam menghadapi gaya hidup moden ini mampukah kita memastikan keperluan nutrient terutama anak kita mencukupi? Kita sering dihidang dengan makanan-makanan yang tidak berkhasiat, berlemak tinggi, kandungan gula, garam dan bahan perasa yang sememangnya membahayakan kesihatan. Kita sering diserang dengan makanan ringan, makanan yang diproses dan fast food. Selain itu, kita sudah jarang dapat menikmati makanan yang benar-benar segar dan bermutu tinggi.

Friday, December 13, 2013

BAHAYA AIR DAN SUSU FORMULA BAGI BAYI KURANG 6 BULAN


Bahaya Air:kepada bayi

1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik

Tuesday, December 10, 2013

Atasi masalah kulit kusam dalam masa 7 hari!!


Assalamualaikum semua.

Hujung-hujung tahun ini adalah musim kenduri kendara. Ummi pun dah banyak dapat jemputan, harapnya dapat hadir semua. Hurmm, anda bakal menjadi raja sehari minggu hadapan? Tahniah seribu tahniah Ummi ucapkan. Tetapi anda menghadapi masalah kulit kusam dan ingin mengatasi masalah ini dalam masa tujuh hari?

OmegaGuard; Omega-3 DHA dan EPA terbaik di pasaran.


Apa bezanya Omega 3 dgn Omega Guard Shaklee? Mungkin anda yang tak mengenali Omega Guard Shaklee akan sedikit "confuse".

Shaklee menawarkan produk terbaik omega-3 melalui OmegaGuard. Produk yang sangat sesuai untuk seisi keluarga.


Sunday, December 8, 2013

ESP Shaklee; produk berasaskan soya tidak bagus untuk kesihatan?



Assalamualaikum para pencinta kesihatan.

Anda pernah mendengar desas desus tentang “tidak sihatnya” kacang soya ini? Ada yang mengatakan bahawa ia akan menggangu hormone, mengandungi toksin dan sebagainya. Melalui pembacaan Ummi, kacang soya ini sebenarnya mengandungi banyak khasiat. Tengok saja sesiapa yang suka makan tempe, betapa cantik kulit wajahnya kan? Hehe, gurau saja!!

Friday, December 6, 2013

Mendidik anak-anak menutup aurat



Assalamualaikum mommies semua. Sesungguhnya aurat itu wajib ditutup, dan sangat digalakkan untuk diajar kepada anak-anak sejak dari awal usia. Macam cara nak terapkan nilai ini kepada anak-anak?

Ada yang berpendapat, biarlah anak-anak bebas berpakaian sementara mereka masih kecil.

Omega Guard Shaklee bantu pesakit herpes


Assalamualaikum para pencinta kesihatan. Apa khabar semua? Meh sini Ummi nak kongsi cerita. Bukan hebat pun cerita ni, cumanya harap-harap bermanfaat bagi pembaca.

Ummi sejak kecil sering diserang ulcer mulut.

Jom kenali ESP Shaklee; Perbezaan antara ESP Shaklee dengan produk soy protein yang lain

Assalamualaikum semua. 

Tahukah anda bahawa ESP atau Energizing Soy Protein Shaklee merupakan best-selling produk Shaklee terutama dari kalangan ibu-ibu. Kenapa ye? Mari kita tambah ilmu kita tentang ESP ini.

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya.

Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Perbezaan ESP Shaklee dengan yang lain.

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. 
Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.


Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen Shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga.Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan 14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging,4 kali ganda telur,12 kali ganda susu,rendah lemak,tiada kolestrol,tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Siapa yang memerlukan ESP:
   ·       Ibu mengandung/menyusu
   ·       Mereka yang inginkan tenaga berpanjangan.
   ·       Mereka yang ingin mengurangkan berat badan
   ·       Mereka yang menginginkan kulit yang cantik
   ·       Para atlit
   ·       Mereka yang ingin menaiktarafkan kesihatan
   ·       Mereka yang ingin menghilangkan parut dan stretch mark.


Bestnyaaa ESP Shaklee ni!! Macamana nak order ye? Senang sahaja! Anda boleh KLIK gambar di bawah:


ATAU, anda ingin menikmati potongan sehingga 20% dengan setiap pembelian produk Shaklee? Jom jadi ahli Shaklee dan banyak kebaikan menanti anda!

Hubungi Ummi sekarang
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Thursday, December 5, 2013

Ajarkan anak anda sains; HABA


Assalamualaikum mommies semua. Cuti sekolah ini mesti ada mommies yang buntu, “nak buat apa dengan anak-anak ni”. Anak-anak boring dan akhirnya kacau ibu mereka. Amaran, jangan biarkan mereka bermain dengan gadget-gadget seperti iPad, tab dsb atau menonton tv lama-lama.

Jom kenalkan mereka sains tentang haba!

Wednesday, December 4, 2013

Set menyusu Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (Part Two)

Part 2

Jarak antara kak long dan adik agak jauh. Oleh sebab itu Ummi sempat untuk membuat pelbagai persediaan untuk menerima cahaya mata kedua pula. Persediaan ini bukan persediaan dari segi materi; baju, pampers dan sebagainya, tidak!! Malah baju semua Ummi tak beli kerana baju-baju lama kak long masih elok dan cantik untuk dipakai semula oleh adiknya.

Persediaan ini sebenarnya lebih kepada persediaan mental untuk mendapat anak kedua. Antaranya, mencari lebih banyak info tentang kehamilan, cara bersalin, set berpantang, cara menyusu, masalah bayi baru lahir dan sebagainya. Ummi tekad tidak mahu memberi susu formula pada anak kedua kali ini!!

Masalah penyusuan timbul juga untuk anak kedua. Puting  susu merekah, luka dan sangat pedih dan susu pada mulanya tidak begitu banyak. Tetapi Ummi kuatkan hati dan kuatkan diri. Sakit tetap sakit, susu tetap kena bagi. Sehingga menitis-nitis air mata tumpah tatkala merasa sangat sakit, sambil dalam hati Ummi beristighfar. Ummi tahu sakit itu penghapus dosa. Bibir masih boleh mengukir senyuman walaupun sakitnya terkadang hingga kini (sudah 8 bulan) masih dirasai.

Jika ada yang sudah membaca entri-entri lama Ummi, pasti anda tahu mama Ummi menghadiahkan Set Penyusuan Shaklee bagi meng”support’ perjalanan mencabar menyusukan anak sepenuhnya ini. Dan Ummi sangat berterima kasih dan gembira dengan pemberian ini. Set penyusuan ini membuatkan susu Ummi bertambah pekat dan banyak. Hasilnya? Anak ummi yang kedua tidak pernah merasa susu formula sehingga sekarang. Malah dia tidak terbiasa minum susu dari botol kerana sering menyusu terus dari Ummi.

Semua saranan, tips-tips Ummi ikut, demi untuk menambahkan susu badan. Dan set penyusuan Shaklee sangat membantu menjayakan misi Ummi kali ini. Tekad Ummi tidak terhenti sampai sini sahaja. Ummi tekad semua anak Ummi sampai ke depannya tidak minum susu formula tetapi dari susu Ummi mereka sendiri.

Di samping susu menjadi banyak dan pekat, anak sentiasa kenyang dan sihat. Pipinya makin hari makin boolat. Pernah suatu hari ketika abinya memandikan si adik, abi menyanyikan lagu ini:-

“Aku anak sihat
Tubuhku kuat
Kerana Ummi
Sering makan Shaklee”

Heh heh heh….
(lagu sebenar: aku anak sihat, tubuhku kuat, kerana ibuku rajin dan cermat)


Bukan sahaja dapat banyakkan susu, set penyusuan Shaklee dapat memberi pelbagai khasiat dan kelebihan lain terutama kepada si ibu.

Jangan segan jangan silu untuk bertanya tentang produk ini. Hubungi Ummi di

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011-2802-5257
Email: imariza87@gmail,com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak




Set menyusu Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (Part One)

Assalamualaikum mommies semua.

Ummi percaya semua mommies nakkan yang terbaik untuk anaknya bukan? Dan sudah ramai mommies lain mengambil langkah bijak untuk menyusukan anak sepenuhnya samada si ibu ini bekerja atau tidak. Ini kerana mereka tahu akan banyak khasiat dan kebaikan memberi susu ibu kepada anak berbanding susu formula. Ummi pasti mommies yang sedang membaca entri ini juga antara ibu-ibu yang bijak itu.

Hari ini Ummi nak cerita kisah Ummi, pengalaman Ummi menyusukan kedua-dua anak Ummi.

Ketika anak pertama, Ummi masih tidak pandai tentang selok belok menjadi ummi kepada bayi Ummi termasuklah cara betul menyusukan anak. Ummi merasakan susu Ummi akan keluar dengan banyak tetapi rupa-rupanya sangkaan Ummi salah.

Pelbagai masalah Ummi hadapi semasa berpantang termasuklah tidak cukup susu badan, puting merekah dan luka. Walaupun sudah membeli pam, Ummi tidak pandai mengepam kerana merasa sangat sakit pada puting.

Disebabkan tidak cukup susu badan, kuning si kak long naik dengan mendadak sehingga terpaksa ditahan wad. Sebelum kak long diletakkan di bawah lampu, dia menangis-nangis seperti kelaparan. Nurse menyuruh Ummi menyusukannya sebelum meninggalkan dia di nursery. Lama juga dia berkepit dengan Ummi menyusu tetapi Ummi ketika itu sedang menahan kesakitan puting luka dan berdarah. Setelah diberikan kepada nurse, baby tetap menangis. Nurse terpaksa memberikan susu botol dan sempat bagi komen pada Ummi, “awak bagi dia susu ke tak tadi, lapar je dia ni haa”.

Sedih sangat hati masa tu. Sepanjang baby diwad, dia diberi susu formula. Ummi di rumah pula tekad untuk menambahkan susu badan. Macam-macam dah cuba untuk perbanyakkan susu termasuklah makan lobak putih, tempe, minyak ikan dan minum susu anmum lacta. Susu Ummi tetap tidak mencukupi dan terpaksa ditampung dengan susu formula.

Sejak dari itu, susu formula menjadi makanan utama anak pertama Ummi dan susu badan hanyalah sekadar tambahan semasa dia mahu bermanja-manja dengan Ummi. Perasaan tu memang rasa tak sedap sentiasa dan sebelum mengandung anak kedua pun Ummi sudah tekad untuk menyusukan anak kedua sepenuhnya.

bersambung.... 



Set Penyusuan Shaklee; dari susu formula ke susu badan sepenuhnya (part two) 

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
Iffah Azhar (SID #929407)
SMS,WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Tuesday, December 3, 2013

Hukum haramnya merokok itu ikhtilaf?



Assalamualaikum semua.

Mungkin ada yang merasa hukum haram bagi merokok itu ikhtilaf dan disebabkan itu ramai yang masih mengambil ringan tentang perkara ini. Tetapi Ummi tetap tidak boleh menerima sesiapa yang merokok, tambahan lagi jika dia tahu ilmu agama.

Masih anemia walaupun sudah mengambil suplemen zat besi? Ikuti tips di bawah


Assalamualaikum semua.

Siapa mommies-mommies yang sudah makan makanan yang tinggi zat besi, malah ambil juga suplemen tetapi masih merasa lesu dan tidak bermaya? Siapa ibu-ibu yang ambil suplemen zat besi dari klinik/farmasi tetapi Hb masih rendah? Jom ikuti tips di bawah.

Kekurangan zat besi mengakibatkan kandungan darah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan terjejas. Disebabkan itu, kita sering merasakan penat dan lesu, muka pucat

Monday, December 2, 2013

Set kurus Shaklee untuk ibu menyusu ; anak pintar, lemak ibu terbakar


Assalamualaikum breastfeeding mommies semua.

Pasti ramai mommies yang ingin mengembalikan berat badan ke berat sebelum mengandung dulu kan? Akan tetapi, mommies sedang menyusukan anak, sangat tidak dinasihatkan untuk berdiet. Bersenam di samping menjaga pemakanan (kurangkan minyak, gula garam) sesuai dilaksanakan. Cumanya di sini Ummi ingin kongsikan produk set kurus Shaklee untuk ibu menyusu. Bukan sahaja ia dapat membantu menurunkan berat badan ibu, tetapi juga memberi banyak manfaat lain

Kek pisang sebagai birthday cake??


Assalamualaikum semua.

Disebabkan ramai yang tertarik dengan status terbaru Ummi dan menyarankan ummi menulis buku, Ummi rasa elok Ummi buat salinan di blog sahaja dulu sebagai referensi di kemudian hari. Seronok sebenarnya melayan anak-anak. Memang penat, tapi hasilnya memang best, apatah lagi jika mereka Berjaya di masa hadapan, insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...