Saturday, November 30, 2013

9 Makanan Tinggi Zat Besi; mengelak anaemia

Zat besi merupakan nutrisi mikro yang sangat penting. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan rasa lemah, lesu, pening, hingga mengakibatkan anemia. Bagi wanita yang hamil pula, kekurangan zat besi boleh memberi  gangguan pada pertumbuhan dan perkembangan janin, dan juga kecerdasan otak bayinya.

Setiap orang dinasihatkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 15mg zat besi setiap hari, manakala seorang ibu mengandung perlu mengambil dua kali ganda zat besi dari biasa untuk menampung kesihatan dirinya dan juga janin. Zat besi ini boleh didapati di dalam makanan-makanan tertentu dan juga Vita-Lea Shaklee. Mari kita lihat apakah makanan yang tinggi zat besinya:-



 KACANG LENTIL

 

Satu cawan lentil mengandungi 6,59 mg zat besi. Selain itu, lentil juga memiliki kandungan serat dan vitamin A.



BAYAM



Satu cawan bayam mengandung 6,43 mg zat besi. Sayuran hijau satu ini pun kaya akan vitamin A, kalsium, dan potasium yang bermanfaat untuk menguatkan otot.


NASI PUTIH

 
 
Satu cawan nasi putih mengandung 7,97 mg zat besi. Nasi putih juga merupakan sumber karbohidrat yang baik. Tak hanya itu nasi putih kaya akan zat Mangan, namun rendah kandungan lemak jenuh, kolesterol, dan sodium.


DAGING LEMBU

85gm daging lembu mengandung 5,24 mg zat besi. Tak hanya itu, daging lembu juga kaya protein yang baik untuk pembentukan otot.

KACANG MERAH

Satu cawan kacang merah mengandung 5,2 mg zat besi. Meski bentuknya kecil, tak ada yang memungkiri kandungan nutrisi dari bahan kecil ini. Selain zat besi, kacang merah juga dikenal sebagai sumber serat, vitamin C, dan protein.

TIRAM

Selain dari mutiara yang anda mungkin akan temukan dalam tiram, tapi juga zat besi. 80gm tiram mengandung 5,91 mg zat besi. Tiram juga kaya akan kalsium dan afrodisiak alami.



TOMATO

 
Tomato merupakan sayuran yang mengandung zat besi cukup tinggi. Satu cawan tomato mengandung 3,39 mg zat besi. Tomato juga merupakan sumber antioksidan yang melawan penuaan dan penyakit.



KACANG CHICKPEA

 
 

Satu cawan chickpea mengandung 4,74 mg zat besi. Kacang ini juga merupakan sumber serat yang baik yang menurunkan tekanan darah serta kolesterol 

KENTANG

Kandungan zat besi pada kentang cukup tinggi. Satu umbi kentang kecil mengandung 2,7 mg zat besi. Kentang pun dapat diolah menjadi banyak jenis makanan.

Pastikan makanan yang anda ambil adalah segar supaya dapat menampung zat besi yang mencukupi.


Diolah dari: kompasdotcom

Iffah Azhar (SID #929407)
Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak


Zat besi dan ibu mengandung

Assalamualaikum preggy dan preggy-to-be mommies. Harapnya semua dalam keadaan sihat.

Pernahkah anda mengalami rasa penat yang melampau atau telinga berdengung semasa mengandung? Itu adalah tanda-tanda bahawa anda kekurangan zat besi dan akan didiagnos sebagai pengidap anaemia semasa hamil. Info di bawah insyaAllah akan membantu anda sedikit sebanyak untuk mengatasi masalah ini.

Wednesday, November 27, 2013

Tanda-tanda kurang kalsium dalam badan


Assalamualaikum semua

Kalsium penting untuk tulang dan gigi. Semua orang tahu tu kan? Kalsium boleh didapati dari produk tenusu seperti susu, yogurt, keju dan lain-lain. Adakah pengambilan kalsium kita mencukupi? Di bawah adalah kisah Ummi kurang kalsium….

Raya Aidilfitri yang lepas Ummi masih dalam recovery proses dari

Ostematrix Shaklee; bukan hanya kalsium semata


Assalamualaikum semua

Kalsium penting untuk tulang dan gigi. Semua orang tahu tu kan? Kalsium boleh didapati dari produk tenusu seperti susu, yogurt, keju dan lain-lain. Adakah pengambilan kalsium kita mencukupi? Di samping kalsium, kita juga perlu mengambil garam mineral lainnya seperti magnesium dan vitamin D bagi mengoptimumkan penyerapan kalsium ke dalam tubuh kita.

Oleh itu, Ummi mengesyorkan Ostematrix Shaklee; bukan sekadar kalsium!!



Ostematrix Shaklee telah dilengkapi dengan garam mineral semulajadi dari Laut Mati yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien2 ini perlu diambil bersama2 untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum iaitu sehingga 99% oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengan mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yg telah berumur secara berkesan.

Antara manfaat utama Ostematrix Shaklee ialah:

1. Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
Pengambilan 600 mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

3. Meringankan stress
Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh
Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

7. Dilengkapi dengan Vitamin D
Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yg kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak2 perlu mengambil supplemen vitamin D.

8. Dilengkapi dengan Magnesium
Ini adalah ion positif no. 2 penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yg mempunyai masalah fluktuasi glukos.

9. Juga mengandungi garam mineral penting seperti zinc, boron, manganes, kuprum
Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yg diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Di sini kita dapat lihat Ostematrix Shaklee lengkap dengan nutrient-nutrient penting lainnya selain kalsium. Oleh itu, beberapa caplet ostematrix insyaAllah dapat memenuhi keperluan kalsium seseorang dan dapat mengoptimumkan kadar penyerapannya.

Anda boleh memesan Ostematrix anda sekarang dengan KLIK gambar di bawah


ATAU anda inginkan penjimatan sehingga 20%? Jom jadi ahli Shaklee sekarang! Hubungi Ummi seperti di bawah:


Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak




Kenapa seseorang itu perlu kurus?


Kenapa perlu kurus?

Ramai orang menhubungkaitkan “kurus” dengan kecantikan diri, slim melim dan dapat menunjuk di hadapan orang lain. Sebenarnya kita harus menukar persepsi ini. Seharusnya kita memikirkan bahawa kurus membawa kepada kesihatan yang lebih baik dan menjadi seorang manusia yang lebih produktif.

Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana, apabila seseorang membawa berat badan yang tidak ideal, ia akan menjadi beban buat dirinya, sentiasa dan cepat lemah dan hasilnya, dia tidak optimum dalam pekerjaannya. Di samping itu, dia lebih berisiko menghidap pelbagai penyakit kronik yang akhirnya tidak menguntungkan diri sendiri.

Mari kita lihat “kurus” dari perspektif yang berbeza.

Apabila seseorang itu kurus, dia tidak membawa “extra berat” pada badannya. Dia mudah untuk bergerak dan tidak mudah merasa penat. Kurus di sini juga tidak bermaksud tubuh yang slim semata. Apabila seseorang menjaga pemakanan dan aktiviti hariannya, kesihatannya juga terpelihara.

Seseorang yang tubuhnya diliputi lemak-lemak tidak berguna, dia akan mudah letih dan tidak bermaya. Aktiviti hariannya pasti terganggu dan kurang produktif berbanding orang lain. Dari segi kesihatan pula, dia lebih mudah dijangkiti penyakit termasuklah diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.

Di samping itu, seseorang yang lebih “kurus” pasti mempunyai keyakinan diri lebih berbanding yang “kurang kurus”. Cuba kita tanya pada mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan, adakah tahap konfidens mereka bertambah atau berkurang. Mereka lebih yakin pada diri dan pastinya prestasinya akan meningkat. Apabila seseorang berkeyakinan tinggi, dia mampu untuk berfikir dengan lebih rasional.  

Oleh itu, kurus ini tidak semestinya dithabitkan dengan kecantikan dan menunjuk-nunjuk semata. Kita sebagai seorang Muslim haruslah berusaha untuk sentiasa tampil cergas, berkeyakinan tinggi, proaktif, produktif dan juga menjaga kesihatan seoptimum yang kita mampu. Bak kata pepatah Arab; al-aqlus salim fi jismis salim – akal yang sihat terletak pada tubuh yang sihat. Ini kerana kekuatan ummah terletak pada kekuatan ahli di dalamnya. Dan kekuatan ummah terletak pada produktiviti yang berkualiti dari kalangan ahlinya. Kekuatan ini datang dari tubuh yang sihat bukan?

Cara untuk kurus antaranya ialah jaga pemakanan, kurangkan lemak, gula, garam, karbo dan makanlah dengan sederhana kuantitinya. Selain itu, bersenamlah!! Bersenam tidak perlu 2 jam sekali gus, biar sikit asalkan istiqamah. Setengah jam sudah memadai bagi satu sesi senaman tetapi haruslah dibuat sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. DAN minumlah air masak/kosong/putih sebanyak yang mungkin. Saranan paling mudah, minumlah air paling sedikit 2 liter sehari, jangan kurang daripada itu, jangan liat dan jangan mengelat!

Mari-mari kita menjadi insan yang lebih sihat, mempunyai berat badan yang ideal dan menjadi lebih produktif supaya kita berjaya di dunia juga di akhirat. Tiada asalan untuk malas dan tiada alas an untuk tidak mahu! Usaha tangga kejayaan.

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak




Tuesday, November 26, 2013

Kurus dengan set bersalin Shaklee



Assalamualaikum semua.

Saja la hari ini Ummi nak kongsi pengalaman sendiri kan. Sebelum melahirkan Asma', Ummi dah tercari-cari set bersalin yang sesuai. Disebabkan Ummi ni jenis bajet je selalu (hihihi), Ummi takut nak pandang set nona rogue ke sendayu tinggi ke, takut tengok harganya. Mungkin bagus tu la harganya mahal, ye tak?

Masa berpantang dengan si kak long, Ummi ambil set bersalin A ni. Murah juga la,
siap ada barut herba lagi. Tapi sayangnya Ummi tak gunakan set tu sepenuhnya. Mandian periuk dan the dia je ummi consume, lain-lain ummi tak guna. Keputusannya? Luka lambat baik, sakit sana sakit sini. Sedih jugalah bila dikenang pengalaman bersalin kali pertama dulu.

Apa-apa pun, yang dah lepas tu biarkan, kita jadikan pengajaran. Masa anak kedua ni mama Ummi yang cadangkan set bersalin Shaklee. Search punya search, ada kata harganya hanya rm100 (trialpack). Hurm, kira ok la tu kan. Beli pula dengan kawan mama, best sebab dapat konsultasi sepenuhnya. Siap akak tu tanya cemana makan Shaklee, ok dak? Heee.. terharu la ada yang ambil berat tentang kita kan.

Minggu pertama bersalin badan masih lemah. Nak jalan pun kena perlahan-lahan je. Nak pula, masa tu Ummi batuk teruk. Sebenarnya start batuk sebulan sebelum bersalin lagi. Penat juga bila batuk teruk masa berpantang ni, badan dah lah lemah, nak kena jaga jahitan bawah semasa batuk, nak kena pakai mask semasa menyusukan si kecil. Kafarah minallah.

Masuk minggu kedua dah terasa segarnya badan. Badan lebih bertenaga. Habis semua kerja buat sendiri, breakfast sendiri, siapkan air mandian sendiri, mandikan baby sendiri. Masuk minggu ketiga pula Ummi dah start duduk kat bilik atas. Pepagi jam 5 dah turun minum milo+ESP dan jamah sikit roti.

Time berpantang tu cik abg tak dapat temankan sebab dia ada kuliah. Ummi duduk dengan mama. Mama pula busy keluar sana keluar sini. Sesekali dapat balik Malaysia kan. Hihi. Jadinya, memang kena independent la, basuh baju baby kat atas, bawa turun, sidai kat bawah. Kejap naik kejap turun la sejak dari tu.

Kesimpulannya, bila badan segar bugar lepas bersalin, kita mampu untuk aktif turun naik tangga, buat kerja sana sini. Alih-alih, lemak-lemak pun terbakar masa dalam pantang lagi. Nak-nak lagi memang menyusu badan sepenuhnya. Kawan yang datang ziarah pun tegur “aih, dah kurus lah you”, kombang den dibuek ea, hehe!!

Kalau nak bersalin nanti memang Ummi akan consume set bersalin Shaklee ni lagi (aik, dah ada ke??? hoho). Ummi juga recommendkan set bersalin Shaklee ni untuk mommies yang bakal melahirkan. Badan sihat dan segar, senang dan cepat nak turunkan berat badan dan kurus kembali seperti sebelum mengandung.

Lots of love from Ummi

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuik Sabah Sarawak




Monday, November 25, 2013

Kenali Ummi


Assalamualaikum semua.

Sudah hampir sebulan ummi menulis di blog ini dan barulah ummi perasan yang ummi belum pun mengenalkan diri. Allah!! Bak kata femes “tak kenal maka tak cinta”, ye dak? Jom lah kita jalinkan ukhuwah kerana interest yang sama dan insyaAllah ke arah mencari redha Allah.

Ummi adalah seorang ibu kepada dua anak perempuan yang comel-comel ni; Ummi panggil yang seorang "kak long" dan adiknya "Asma'". Allah kurniakan dua princess untuk ummi setakat ini, Alhamdulillah. Keduanya juga kini berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan sempurna. Syukur syukur syukur.


Ummi seorang yang sangat suka kepada baby, tak kira lah baby girl ke boy. Minat nak jaga baby ni dah tertanam sejak ummi kecil lagi. Adik bongsu kami lahir sewaktu ummi 10 tahun dan ummi sangat suka menjaga dia. Sehinggakan mama ummi sering “pass”kan adik kepada ummi andai dia ingin tidur. Kata mama “sepuluh minit je baby dah tidur bila dia (ummi) yang dodoikan”. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Apa yang menariknya baby ni? Comel? Wangi? Ahli syurga lah katakan. Ummi suka perhatikan keindahan baby ni, cara dia gerak, cara dia senyum, cara dia membesar, semuanya menunjukkan kehebatan dan keagungan kebesaran ciptaan yang Maha Kuasa.

Ummi sebenarnya tidaklah berapa  suka memasak, kiranya bukan hobi lah. Tetapi, bila dah berumah tangga ni, nak tak nak, kena jugalah keluarkan bakat kan? Hehe. Dan Alhamdulillah, kata orang putih “practice makes perfect”, masakan ummi dah bertambah baik dari masa ke masa. Sekarang ni, sebelum tidur ummi sering google resepi-resepi baru dan bersemangat pada keesokan harinya untuk mencuba resepi baru tu, cewwaaahhh.. Hehe

Dan ummi menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu. Sejak ummi berjaya menyusukan anak kedua sepenuhnya, ummi percaya mommies juga mampu menyusukan seperti ummi juga.  Bukannya apa, apabila ummi tidak berjaya menyusu penuh anak pertama, hati ummi sentiasa resah dan rasa seperti ada yang kurang. Kini ummi tidak berperasaan sebegitu lagi. Susu ibu itulah yang terbaik. Nak tahu kelebihan susu ibu, boleh baca di sini ye mommies-mommies.

Haa, satu lagi, ummi minat bisnes juga. Sejak ummi join Shaklee, ummi dapat bantu ramai orang untuk mereka mencapai kesihatan optimum mereka. Sebarkan kebaikan!! Ummi dapat berkenalan dengan lebih ramai orang, dan mereka menjadi rakan, malah, dah jadi macam adik-beradik sendiri. Best kan?

Itu je la rasanya. Nak tahu lebih lanjut, boleh email ummi ke imariza87@gmail.com. Lots of love dari ummi untuk mommies semua!!

Pengedar Sah Shaklee Gombak, KL
iR Iffah Azhar (SID #929407)
SMS/WhatsApp: +6011 2802 5257
Email: imariza87@gmail.com
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...